FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertingkatkan Penglibatan Belia Dalam Aktiviti Keagamaan


 


 April 19th, 2023  |  06:59 AM  |   114 views

TEMBURONG

 

Program Tadarus Al-Quran Belia Di Bulan Ramadan bagi tahun 1444H/2023M telah diadakan secara serentak di keempat-empat daerah sebagai usaha menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia.

 

Program adalah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

 

Di Daerah Temburong, majlis diadakan di Masjid Kampung Batu Apoi dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan Tadarus Al-Quran diketuai oleh Awang Muhammad Nur Aziimin bin Shahminan dari Belia Permata Hijau.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Awang Muhammad Zulkhairi bin Azamy dari Belia Permata Hijau, dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Awang Shamsuddin bin Haji Azahari.

 

Seterusnya acara diselajurkan dengan penyerahan sumbangan kepada pihak masjid dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah.

 

Program Tadarus Al-Quran Belia Di Bulan Ramadan merupakan projek tahunan KKBS kendalian JBS bersempena dengan sambutan bulan Ramadan yang mubarak selain melibatkan banyak pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia dan tidak ketinggalan golongan belia sendiri.

 

Program tadarus tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan, di samping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15