FacebookInstagramTwitterContact

 

OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>           Cristiano Ronaldo Aims To Defy Age, Continue At 'High Level'           >>           Marko Rudan Quits As Western Sydney Wanderers ALM Coach           >>           Can US Floating Pier Improve Gaza’s Critical Aid Pipeline?           >>           Key Weeks Ahead For Russia’s War In Ukraine           >>           Why Biden-Trump Debates Come With Risks For Both Sides           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Hospital Mesra Ibadah PJSC


 


 April 19th, 2023  |  07:03 AM  |   165 views

JERUDONG

 

Pelancaran inisiatif Hospital Mesra Ibadah (Ibadah Friendly Hospital - IFH) Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) diwujudkan bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam (NBD) sebagai sebuah Negara Zikir amnya dan menjadikan PJSC sebagai institusi perubatan yang pertama di NBD dalam melestarikan Islam sebagai sumber ilmu kerohanian bagi kakitangan serta pesakit yang dirawat di PJSC.

 

IFH merupakan konsep pertama seumpamanya yang bertujuan untuk menjadi model institusi penjagaan kesihatan Islam yang menyediakan penjagaan yang holistik menangani keperluan jasmani, emosi dan rohani para pesakit selaras dengan agenda Negara Zikir.

 

Inisiatif ini juga menumpukan kepada memperkasa kakitangan dengan sokongan kerohanian yang berkesan kepada pesakit-pesakit beragama Islam dan keluarga mereka dengan mempromosikan pengetahuan dan amalan-amalan Islam dalam persekitaran hospital.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran IFH PJSC disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC, pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, di sini.

 

Juga hadir, Pengarah Eksekutif PJSC, Dr. Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar, selaku Penasihat IFH, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PJSC, pihak pengurusan dan kakitangan PJSC serta jemputan khas lainnya.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa IFH, PJSC, Awang Haji Ishkandar bin Haji Buntar, yang seterusnya diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada 36 orang anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Haji Ishkandar antara lain berkata, beberapa inisiatif telah pun dirancang dan dilaksanakan dalam menjayakan Hospital Mesra Ibadah ini antaranya ialah mengadakan aktiviti-aktiviti keugamaan dan perkongsian ilmu dalam kalangan kakitangan-kakitangan dan juga yang melibatkan penyertaan daripada pesakit-pesakit.

 

Melalui aktiviti-aktiviti sebegini jelasnya, kakitangan-kakitangan PJSC akan lebih berilmu dan terlatih khususnya dalam bab wuduk, sembahyang dan bacaan doa-doa yang relevan dengan keadaan pesakit dan seterusya pesakit dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang diberikan agar mereka dapat beribadat mengikut keadaan-keadaan tertentu seperti berwuduk dalam keadaan anggota bertampal, sembahyang dalam keadaan berbaring ataupun duduk dan sebagainya.

 

“Semoga pada masa akan datang, besarlah harapan IFH ini untuk melahirkan kakitangan yang mahir dan terlatih dalam bidang ugama Islam, khususnya dalam bab ibadat agar dapat menambah baik nilai PJSC dalam memberikan perkhidmatan bukan sahaja dari segi perubatan, malahan memberikan perkhidmatan dari sudut Islamik dari segi kerohanian dan peribadatan kepada pesakit-pesakit PJS khususnya yang berugama Islam," ujar beliau.

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil kepada para peserta Program Semarak Ramadan, iaitu sebuah program yang direka untuk memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan kakitangan, pesakit dan penjaga di hospital serta menyambut bulan Ramadan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Bahagian Pemulihan, Pusat Pemulihan dan Neurosains Strok Brunei (Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre - BNSRC) dengan kerjasama IFH PJSC.

 

Sijil-sijil berkenaan disampaikan oleh Ketua BNSRC, Dr. Abang Muhammad Fahmy bin Abang Hepnie. Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15