FacebookInstagramTwitterContact

 

Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>           Academic Discussion           >>           'Tarbiah Ibadah Haji' Closing Ceremony           >>           Doa Selamat for Intending Haj Pilgrims           >>           Reforestation Project Initiative           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPM Adakan Majlis Khatam Al-Quran


 


 April 19th, 2023  |  07:04 AM  |   138 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang dinanti-nantikan sudah menuju ke penghujungnya.

 

Bulan Ramadan memberi makna besar dalam perjalanan hidup seorang Muslim kerana di dalamnya ada satu malam yang paling istimewa, malam lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatulqadar.

 

Ini kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang dilakukan dan padanya terhimpun rahmat serta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Pintu-pintu syurga dibuka pada bulan Ramadan dan peluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda turut dibukakan seluas-luasnya kepada kita sepanjang bulan ini.

 

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Wakaf sempena acara penutup Majlis Tadarus Al-Quran di bulan Ramadan bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1444H / 2023M yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat khas majlis ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di JPM, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan penyampaian wakaf oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II.

 

Acara diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah berama-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, diikuti dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam, Doa Tahlil, Dikir dan Doa Selamat, seterusnya Majlis Berbuka Puasa serta menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh dengan rahmat di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis Khatam Al-Quran ini dipengerusikan oleh Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, JPM dengan kerjasama dan dikendalikan oleh Jabatan Penyelidikan Brunei, JPM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34