FacebookInstagramTwitterContact

 

Guirassy, Boniface Dazzle Again; Kudus Signs Off In Style           >>           Al Hilal Hope Neymar Can Return From ACL Injury In September           >>           Human Rights Group Urges FIFA Probe Saudi Pre-World Cup Vote           >>           Ireland, Norway And Spain To Recognise Palestinian State           >>           Baltic Concerns Over Russian Plan To Move Sea Borders           >>           Several Dead In Iowa As Storms Batter Midwest           >>           Generator Fumes Choke Nigeria Students To Death – Reports           >>           Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use           >>           Taylor Swift And Olympics Scams Fuelling Fraud           >>           Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Amal Kasih : Salur Sumbangan Makanan Kepada Masyarakat


 


 April 20th, 2023  |  07:39 AM  |   120 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan merupakan bulan suci umat Islam yang dirayakan dengan cara melaksanakan puasa selama satu bulan penuh.

 

Di samping melakukan ibadat puasa, umat Islam adalah digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah lain seperti bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa.

 

Pada tahun ini, dua gabungan badan pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terdiri daripada Halalan Thayyiban Student Society dan Faculty Agriculture Student Society menjalankan Projek Amal Kasih sebagai aktiviti kebajikan badan-badan pelajar berkenaan.

 

Projek berkenaan diketuai oleh Penolong Pensyarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, Raihana binti Mohd. Raffi.

 

Sebanyak 337 pek makanan untuk berbuka puasa disediakan dan disumbangkan kepada lima buah masjid di Daerah Tutong.

 

Pengagihan pek makanan berkenaan disasarkan kepada Masjid Kampung Sinaut, Masjid Kampung Keriam, Masjid Kampung Sungai Kelugos, Masjid Ar-Rahim Kampung Bukit Panggal dan Masjid Haji Abdul Azim, Kampung Luagan Dudok.

 

Projek berkenaan adalah inisiatif sumbangan pek makanan berbuka puasa, dan ia merupakan hasil kutipan yang dikumpulkan daripada sumbangan wang tunai daripada kalangan warga UNISSA.

 

Kesemua duit sumbangan berkenaan digunakan sepenuhnya untuk pelaksanaan projek berkenaan.

 

Dengan kejayaan Projek Amal Kasih berkenaan, ia menunjukkan rasa keprihatinan dan sifat murah hati warga UNISSA untuk bersedekah dan memperbanyakkan amal kebajikan bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda.

 

Antara tujuan utama projek berkenaan diadakan adalah bagi menyalurkan sumbangan makanan daripada warga UNISSA kepada masyarakat sekitar Kampus UNISSA Sinaut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05