FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Atlet OCR Negara Giat Mantapkan Prestasi, Latihan


 


 April 29th, 2023  |  07:37 AM  |   328 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Acara Obstacle Course Racing (OCR) atau Lumba Berhalangan merupakan salah satu acara dipertandingkan dalam Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, Kemboja 2023 nanti, yang akan disertai oleh lima atlet Negara Brunei Darussalam (NBD) dan akan bersaing dalam dua kategori, iaitu secara Berkumpulan dan Individu.

 

Dalam tinjauan Pelita Brunei ke The Vertical, iaitu lokasi tempat atlet-atlet kebangsaan OCR terus memantapkan lagi prestasi masing-masing bagi persiapan menjelang Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023, yang membuka tirai, pada 5 hingga 17 Mei 2023 nanti.

 

Semua atlet menjalani latihan di Manila, Republik Filipina sebelum ini lebih kurang selama dua minggu secara keseluruhannya, ujar jurulatih OCR, Pengiran Muhammad Rafie bin Pengiran Saiful Redzali.

 

''Mereka telah menyertai Ninja World Cup Asia selama lima hari dan seterusnya menjalani latihan untuk Sukan SEA kerana di sana ada menyediakan tempat latihan khusus untuk 100 meter OCR, seperti standard yang telah ditetapkan untuk Sukan SEA.

 

''Para atlet juga dijemput selama enam hari oleh Pilipinas Obstacle Sport Federation, sekali gus mengikuti 3 kilometer acara OCR yang juga merupakan sebahagian daripada latihan mereka,'' jelasnya.

 

Menurut Pengiran Muhammad Rafie, OCR pertama adalah pada tahun 2019, iaitu Sukan SEA di Manila dan pada Sukan SEA, di Vietnam, tiada acara bagi OCR dan pada tahun ini, OCR diperkenalkan semula dan tersenarai di antara 39 acara sukan yang akan dipertandingkan semasa Sukan SEA nanti.

 

OCR juga akan tersenarai dalam Sukan Olimpik nanti, katanya, dan ini adalah kali pertama Brunei menyertai acara tersebut.

 

Menyentuh mengenai pemilihan atlet, beliau menyatakan, bahawa pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bekerjasama bersama Persatuan Rekreasi Pengembaraan Brunei (BARA), dari segi urusan pemilihan atlet, di mana pencapaian setiap atlet sebelum ini merupakan sebahagian daripada kriteria yang diperlukan dan atlet mestilah Ahli BARA yang berdaftar dan aktif.

 

''Memandangkan ini adalah kali pertama Brunei menyertai acara OCR, sudah setentunya terdapat beberapa buah negara yang digeruni, iaitu Filipina, Malaysia dan Indonesia yang memang sudah berlatih dari tahun 2019.

 

''Walau bagaimanapun, para atlet negara akan membuat yang terbaik dan mencuba sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya berada di 'top' 5,'' tambahnya lagi.

 

Sementara itu, salah seorang atlet OCR, iaitu Awang Hasnal Husna bin Ahmad ketika ditemu bual menjelaskan, beliau telah berkecimpung dalam OCR sejak tahun 2014.

 

''Alhamdullilah, kami telah diberi peluang untuk mewakili negara dalam acara OCR di Sukan SEA nanti dan ini dapat menunjukkan kebolehan juga potensi anak tempatan dalam bidang sukan ini, selain menampilkan bakat terpendam yang ada,'' ujarnya.

 

Katanya, Sukan SEA ini juga nanti dapat menjadi platform untuk atlet-atlet di dalam mengasah dan menguji bakat mereka, sekali gus membuktikan pencapaian yang mampu diraih oleh atlet OCR tempatan.

 

''Kami ingin melihat lebih banyak atlet OCR di masa akan datang bagi sama-sama menyertai acara-acara sukan di dalam dan luar negara,'' tambahnya lagi.

 

Para atlet OCR negara berumur di antara 24 hingga ke 35 tahun, iaitu Awang Muhammad Adid bin Abdul Kahar, Awangku Muhd. Nur 'Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan, Awang Azizil Anwar bin Mosli dan Awangku Muhd. Habibullah bin Pengiran Haji Jufri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48