Home > Sports
PERSIB Bincang Persiapan Sukan SEA, Kejohanan Pencak Silat Hari Keputeraan
May 2nd, 2023 | 06:53 AM | 280 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mesyuarat pertama bagi Ahli Jawatankuasa Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam (PERSIB) yang baharu telah diadakan kelmarin iaitu merupakan susulan dari mesyuarat agung yang diadakan pada 12 Februari yang lalu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua PERSIB, Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Haji Metassan.
Pada sesi mesyuarat tersebut, Pengiran Haji Abdul Karim mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa yang baharu dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dalam mesyuarat tersebut, Yang Dipertua PERSIB telah memaklumkan kepada majlis bahawa Negara Brunei Darussalam akan menghantar pasukan Pencak Silat ke Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 di Kemboja bagi acara Kategori Tanding, Tunggal dan Regu.
Selain itu, perbincangan juga berkaitan dengan agenda yang telah ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut termasuk persiapan Sukan SEA Ke-32 di Kemboja dan Kejohanan Pencak Silat Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun.
Di akhir mesyuarat, para ahli jawatankuasa yang baharu juga diingatkan supaya akan dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab sebagaimana tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]