FacebookInstagramTwitterContact

 

France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>           Cristiano Ronaldo Aims To Defy Age, Continue At 'High Level'           >>           Marko Rudan Quits As Western Sydney Wanderers ALM Coach           >>           Can US Floating Pier Improve Gaza’s Critical Aid Pipeline?           >>           Key Weeks Ahead For Russia’s War In Ukraine           >>           Why Biden-Trump Debates Come With Risks For Both Sides           >>           South Africa Seeks Halt To Israel's Gaza Offensive           >>           Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search           >>           China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


8.1 Peratus Kes Dari Varian Omicron XBB 1.16


 


 May 2nd, 2023  |  07:09 AM  |   126 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak 1,042 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini iaitu 1,039 adalah daripada hasil ujian ART dan 3 kes telah dikesan dari ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

 

Menurut siaran akhbar Kementerian Kesihatan, peningkatan ini adalah sesuatu yang bukan luar biasa dan memang dijangkakan. Ia adalah merupakan satu variasi kitaran yang normal bagi kebanyakan jangkitan, termasuk COVID-19. Selain itu, secara semula jadi, virus juga akan terus menjalani evolusi dan menerbitkan varian-varian dari masa ke masa.

 

Dalam hal ini, menerusi program 'genomic surveillance' yang dijalankan secara berterusan di Negara Brunei Darussalam, 8.1 peratus kes-kes COVID-19 yang dilaporkan di negara ini pada bulan April yang lalu adalah dari varian Omicron XBB 1.16 atau yang juga dikenali secara tidak rasmi sebagai varian Arcturus.

 

Walaupun kajian sains merumuskan bahawa varian ini adalah lebih mudah merebak namun varian tersebut tidak menyebabkan peningkatan jumlah kes-kes yang teruk.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus berwaspada semasa berada di musim perayaan ini seperti tidak mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan sesiapa yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah digalakkan untuk membuat ujian ART.

 

Mereka yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah juga digalakkan untuk memakai sungkup muka apabila keluar rumah atau bertemu dengan orang lain.

 

Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, khususnya penghidap penyakit kronik dan warga emas adalah juga digalakkan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin (dari jenis bivalent vaccine). Dos penggalak boleh diperolehi 6 bulan dari dos terakhir atau jangkitan COVID-19, tertakluk kepada yang mana lebih kemudian.

 

Semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Amin Ya Rabbal alamin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15