FacebookInstagramTwitterContact

 

Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>           Academic Discussion           >>           'Tarbiah Ibadah Haji' Closing Ceremony           >>           Doa Selamat for Intending Haj Pilgrims           >>           Reforestation Project Initiative           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasakan Penglibatan Masyarakat


 


 May 2nd, 2023  |  07:12 AM  |   178 views

BERAKAS

 

Melewati dekad ketiga penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang meraikan ulang tahun penubuhannya ke-30 pada 5 Oktober 2022 lalu, telah membuat peralihan paradigma ke arah pengurusan yang lebih cekap, strategik dan memperluaskan jalinan kolaborasi bersama rakan strategik dan pelbagai agensi termasuk sukarelawan dengan pendekatan senegara yang mantap.

 

Beberapa usaha dan projek kebajikan yang berhubung kait dan berkesinambungan dengan usaha kerajaan juga telah disinergikan dan diselaraskan dengan Skim Kebajikan Negara (SKN) bagi memastikan tiada duplikasi dan keciciran berlaku.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menyatakan demikian dalam sembah alu-aluannya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M anjuran YSHHB berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

“Disembahkan bahawa tema bagi Majlis Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah 'Memperkasakan Penglibatan Masyarakat Dalam Mencapai Wawasan Brunei 2035' iaitu disejajarkan dengan usaha ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035 yang merupakan gagasan Kebawah Duli Tuan Patik bagi memastikan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat dan penduduk yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya; menikmati kualiti kehidupan yang tinggi; dan mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

“Tema berkenaan diketengahkan adalah bagi menyeru setiap lapisan masyarakat bagi memperkasa potensi diri dan mengambil peranan masing-masing dalam mendukung Wawasan Brunei 2035," sembah Yang Berhormat.

 

Dalam usaha untuk mencapai wawasan yang dihasratkan, setiap rakyat dan penduduk serta segenap sektor sembah Yang Berhormat, memainkan peranan penting bagi menjadikan diri masing-masing pro aktif dan produktif agar dapat menjadi aset yang berguna kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

 

Setiap golongan masyarakat sembah Yang Berhormat adalah dihasratkan dapat bersama-sama berganding bahu menggembleng tenaga dan kepakaran dalam merealisasikan agenda utama pembangunan negara ke mencapai arah Wawasan Brunei 2035.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan, pada Majlis Hari Raya Aidilfitri tahun ini, YSHHB mengumpulkan dua kumpulan peserta yang turut berperanan dalam mendukung Wawasan Brunei 2035.

 

Kumpulan pertama terdiri daripada kombinasi dari wakil warga emas, para belia dan generasi muda iaitu golongan para pelajar di mana mereka ini mewakili segenap lapisan masyarakat yang mempunyai peranan dalam mendukung dan menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Warga emas yang diketengahkan sembah Yang Berhormat adalah mereka yang pernah menabur jasa dan bakti pada suatu ketika dahulu dan masih aktif menyumbangkan khidmat kepada masyarakat.

 

Manakala, para belia pula merupakan generasi penggerak yang aktif memainkan peranan dalam bidang masing-masing yang diharapkan sebagai pemacu kemajuan pembangunan agama, bangsa dan negara.

 

Generasi muda yang terdiri daripada pelajar-pelajar pula sembah Yang Berhormat merupakan generasi penerus yang perlu untuk diperkasa dan dibimbing ke arah mempersiapkan mereka dengan 'acuan' yang berkualiti iaitu mempunyai jati diri dan nilai akhlak terpuji, bijak dan berwibawa untuk mencapai 'Calak' Brunei.

 

Kesemua mereka ini sembah Yang Berhormat telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing ke arah menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

 

Sementara Kumpulan peserta kedua pula terdiri daripada para pegawai dan kakitangan dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies – GLC) dan Syarikat Swasta dengan fokus kepada isu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibilities – CSR).

 

Turut dijemput adalah Badan-Badan Berkebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation – NGO).

 

Menurut Yang Berhormat lagi, mereka ini diketengahkan bagi memberi inspirasi dan penghargaan terhadap usaha dan komitmen mereka dalam mendukung wawasan dan aspirasi negara bagi membantu meningkatkan taraf sara diri masyarakat yang memerlukan bantuan. 

 

“Usaha mereka ini setentunya dapat memberikan impak positif terhadap kesejahteraan awam dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara yang lebih berdaya tahan, inklusif dan dinamik.

 

“Melalui penyertaan mereka dalam sambutan ini, diharapkan untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berhubung antara satu sama lain dalam mencari titik persamaan dan berkolaborasi bagi sama-sama membantu golongan yang memerlukan bantuan melalui pendekatan bersepadu iaitu 'Whole of Nation Approach'," sembah Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34