FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen NBD


 


 May 2nd, 2023  |  07:14 AM  |   133 views

BERAKAS

 

- SEMUA ahli kontinjen diingatkan untuk menjaga disiplin dan tingkah laku serta menjaga tatasusila kitani sebagai Negara Melayu Islam Beraja sepanjang berada di sana.

 

- DIHARAP dengan penyertaan pada kali ini akan dapat memperluaskan lagi kemahiran yang sedia ada serta dapat menimba pengalaman dengan memberikan persaingan yang sihat kepada atlet-atlet yang akan bertanding nanti.

 

- SENTIASA memberikan kerjasama kepada semua pihak dan yang paling penting adalah hindari dan jauhkan diri daripada mengambil barang-barang atau ubat-ubatan yang terlarang yang boleh mengakibatkan atlet dikeluarkan atau digantung daripada bertanding sehingga mencemarkan nama baik negara.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, Phnom Penh, Kemboja 2023 yang akan diadakan secara rasminya bermula pada 5 hingga 17 Mei 2023.

 

Kontinjen NBD dianggotai seramai 100 orang terdiri daripada 65 orang atlet dan 35 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, ketua urus setia, pegawai urus setia, pegawai perhubungan, pengurus pasukan, jurulatih dan pegawai, doktor, fisioterapi dan pegawai perubatan.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen NBD Ke Sukan SEA Ke-32, Phnom Penh, Kemboja 2023 diadakan petang tadi bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Berangkat bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen NBD Ke Sukan SEA Ke-32, Phnom Penh, Kemboja 2023 ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad dan diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sembah alu-aluannya menyembahkan pada kejohanan kali ini NBD akan menyertai 12 acara sukan iaitu Wushu, Pencak Silat, Karate, Lawan Pedang, Petanque, Weightlifting (angkat berat), Athletics (olahraga), Aquatics Swimming (Renang), Billiard & Snooker, Obstacle Race, E-Sports dan Badminton.

 

“Peramba saya mengucapkan tahniah kepada atlet yang terpilih untuk menyertai kejohanan ini. Pemilihan ini adalah hasil kerja keras dan komitmen masing-masing dalam menjalani latihan yang dijadualkan.

 

Peramba saya berharap semoga dengan penyertaan pada kali ini akan dapat memperluaskan lagi kemahiran yang sedia ada serta dapat menimba pengalaman dengan memberikan persaingan yang sihat kepada atlet-atlet yang akan bertanding nanti," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat Dato dalam sembah alu-aluannya juga mengingatkan agar semua ahli kontinjen untuk menjaga disiplin dan tingkah laku serta menjaga tatasusila kitani sebagai Negara Melayu Islam Beraja sepanjang berada di sana.

 

Selain turut menegaskan untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada semua pihak dan yang paling penting adalah hindari dan jauhkan diri daripada mengambil barang-barang atau ubat-ubatan yang terlarang yang boleh mengakibatkan atlet dikeluarkan atau digantung daripada bertanding sehingga mencemarkan nama baik negara.

 

Kemuncak majlis ialah sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

 

Sejurus itu, majlis diteruskan dengan penyerahan bendera NBD oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi selaku Chef de Mission Kontinjen NBD Ke Sukan SEA Ke-32, Phnom Penh, Kemboja 2023.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan NBD berkenan untuk bergambar ramai.

 

NBD mula mengikuti Sukan SEA pada tahun 1977 dan pencapaian terbaik ialah semasa negara menjadi tuan rumah pada tahun 1999 dengan meraih 4 pingat emas, 12 pingat perak dan 32 pingat gangsa.

 

Pada penyertaan di kejohanan Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Viet Nam 2021 yang lalu, negara telah mengutip 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dan dua sukan yang menyumbang pingat iaitu sukan Wushu dan Pencak Silat.

 

Kontinjen negara dijangka bertolak ke Phnom Penh, Kemboja secara berperingkat-peringkat bermula pada 30 April 2023.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Deputy Head of Mission, Kedutaan Kerajaan Kemboja Ke NBD, Mr Yen Samnang; Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari; ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan; serta para ibu-bapa dan penjaga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55