FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Hadiri Istiadat Pertabalan, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42


 


 May 2nd, 2023  |  07:19 AM  |   166 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke London, United Kingdom bagi menghadiri Istiadat Pertabalan bagi His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Her Majesty the Queen Consort.

 

Istiadat Pertabalan bagi His Majesty King Charles III, yang akan berlangsung di Westminster Abbey, London pada 6 Mei 2023 ini juga dijangka akan dihadiri oleh ahli-ahli Kerabat Diraja serta Ketua-ketua Negara dan Kerajaan daripada seluruh dunia.

 

Hubungan rapat antara kedua-dua kerabat diraja itu dapat dilihat melalui beberapa siri lawatan lepas termasuk keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengadakan perjumpaan dengan His Majesty King Charles III di United Kingdom pada 14 Disember 2022, dan lawatan His Majesty King Charles III ke Negara Brunei Darussalam pada 2 November 2017.

 

Hubungan persahabatan dan kerjasama yang terjalin lama antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom, di mana kedua-dua negara bekerjasama dalam bidang pertahanan dan pendidikan, terus menjadi asas dalam mencapai kesejahteraan dan kemakmuran bersama bagi rakyat dan kedua-dua buah negara.

 

Selepas Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III itu nanti, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya akan berangkat ke Labuan Bajo, Republik Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 11 Mei 2023.

 

Sidang Kemuncak yang akan dipengerusikan oleh Presiden Republik Indonesia selaku Pengerusi ASEAN, Tuan Yang Terutama Joko Widodo, pada tahun ini juga akan disertai oleh para Pemimpin ASEAN lainnya.

 

Di bawah tema 'ASEAN Matters: Epicentrum of Growth', Republik Indonesia akan memfokuskan usaha untuk mengukuhkan ASEAN ke arah sebuah rantau ekonomi yang cepat berkembang, inklusif dan mampan, dengan membangunkan seni bina kesihatan serantau yang kukuh, mempertahankan keselamatan makanan dan tenaga serta kestabilan kewangan.

 

Di samping itu, Republik Indonesia juga berhasrat untuk meningkatkan kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN agar dapat memberikan tindak balas terhadap cabaran-cabaran masa depan dan untuk ASEAN menjadi lebih adaptif, responsif dan berdaya saing.

 

Sebagai Pengerusi ASEAN, Republik Indonesia juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan 'ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP)' yang berkesan dalam empat bidang keutamaan AOIP, iaitu, kesalinghubungan, kerjasama maritim, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan kerjasama ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55