FacebookInstagramTwitterContact

 

Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>           Power Restored To Sierra Leone As Minister Quits           >>           Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Raih Kejayaan, Harapan Negara


 


 May 4th, 2023  |  06:52 AM  |   239 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para atlet kebangsaan yang mewakili negara ke temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32 di Phnom Penh, Kemboja mempunyai tanggungjawab besar yang perlu digalas dan menjadi harapan bangsa untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

 

Meskipun sasaran utama ialah memburu pingat, namun apa yang lebih utama ialah setiap atlet perlu memiliki semangat juang yang tinggi untuk bersaing secara kompetitif sebagai atlet profesional dan meneruskan perjuangan serta kerja keras mereka untuk mencapai kejayaan.

 

Perjuangan mereka untuk meraih kejayaan setentunya menjadi harapan negara lebih-lebih lagi bagi kedua-dua ibu bapa setiap atlet-atlet berkenaan yang juga mengharapkan kejayaan yang terbaik bagi anak-anak mereka.

 

Bagi Dayang Norzian binti Haji Abdul Karim, ibu kepada salah seorang atlet negara ke sukan berkenaan melahirkan harapan agar anaknya, Mohd. Adam Nawawie bin Mohd. Ishak akan dapat mempamerkan prestasi yang memuaskan semasa bertanding kelak.

 

Pertama kali mewakili negara ke Sukan SEA bagi sukan Karate, Dayang Norzian berharap pengalaman yang diperoleh anaknya di beberapa pertandingan di luar negara sebelum ini akan dapat membantu anaknya itu ketika berdepan dengan pihak lawan dan dapat membawa pulang pingat emas bagi mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

 

Begitu juga harapan yang diluahkan oleh Dayang Norzaherah binti Haji Jaili, yang mengharapkan agar kesemua kontinjen negara ke temasya Sukan SEA kali ini dalam kesihatan yang baik, diberikan kemudahan dan para atlet dapat melakukan persembahan / perlawanan yang terbaik sekali gus meraih pingat-pingat pada sukan berkenaan.

 

Ibu kepada Awangku Ahmad Munib Aiman bin Pengiran Haji Mohammad Hasimudin, salah seorang atlet Karate bagi acara Kata Berpasukan Lelaki bagi Sukan SEA Ke-32 turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussaam kerana memberikan peluang dan menghantar para atlet untuk menyertai Sukan SEA kali ini termasuk juga penghargaan kepada semua tenaga pengajar 'shihan' dan 'sensei' khususnya Kelab Rengokai Karate Brunei Darussalam dan dari Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) dan Jurulatih Karate Kebangsaan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan melihat kemampuan anaknya untuk dapat bersama-sama dengan pasukan Karate menyertai dalam kejohanan di Kemboja ini.

 

Menyentuh pencapaian Awangku Ahmad Munib Aiman dalam sukan Karate, beliau mengongsikan anaknya pernah mengikuti beberapa Pertandingan Karate dalam dan luar negara sebelum ini dan pencapaian terbaiknya ialah meraih pingat emas dalam beberapa pertandingan tersebut dan yang terbaharu ialah memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 di Kuala Lumpur, Malaysia tahun lalu.

 

“InsyaaAllah, kita setentunya mengharapkan kejayaan bagi semua atlet negara agar dapat pulang membawa pingat, namun kejayaan tersebut bukan sahaja diukur daripada kemenangan sahaja, malah semangat juang mereka yang tinggi dalam memberikan persaingan kepada atlet-atlet luar negara juga merupakan satu pengalaman yang berharga dan meraih pingat-pingat itu pula merupakan satu bonus," tambah beliau yang juga mengongsikan ini adalah penyertaan anaknya kali pertama dalam Sukan SEA.

 

Sementara itu, Haji Raya bin Haji Md. Tapa, yang merupakan bapa kepada atlet Pencak Silat negara, Dayang Norleyermah binti Haji Raya semasa ditemui juga mengharapkan anaknya akan dapat meraih kecemerlangan dan membawa pulang pingat emas yang diimpikan buat edisi Sukan SEA Ke-32 ini.

 

Antara pencapaian terbaik Dayang Norleyermah sebelum ini dalam kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa dan dunia termasuk Sukan SEA ialah meraih pingat perak dan gangsa di mana beliau berkata, anaknya telah menyertai aktiviti Pencak Silat sejak remaja lagi kerana minatnya dalam sukan berkenaan.

 

“Harapan dan doa saya untuk kontinjen atlet Pencak Silat kali ini untuk meraih kemenangan dan membawa pulang pingat emas, begitu juga untuk atlet-atlet sukan yang lain dan semoga mereka diberikan kesihatan dan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di sana," ujar beliau 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48