FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Atlet Negara Disaran Berikan Prestasi Terbaik


 


 May 4th, 2023  |  07:13 AM  |   257 views

BERAKAS

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad menyarankan para atlet untuk sentiasa menjaga nama Negara Brunei Darussalam (NBD) serta memberikan prestasi yang terbaik di arena temasya Sukan Asia Tenggara (SEA Games) Ke-32 di Kemboja.

 

Semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen negara hari ini, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan menyatakan bahawa para atlet merupakan wakil dan menyumbang untuk negara, justeru, mereka mesti memiliki ketahanan fizikal dan mental serta semangat yang kuat.

 

Selain doa mengiringi bagi kejayaan mereka di sana, Yang Berhormat juga mengingatkan untuk menjaga sembahyang lima waktu, mendoakan ibu bapa serta tidak lupa berselawat sebelum memasuki gelanggang.

 

Sementara itu, Chef de Mission, Dayang Zainab binti Haji Morshidi, yang juga selaku Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan semasa ditemu bual berharap para atlet dapat memberikan prestasi dan saingan yang hebat dan terbaik dari kontinjen negara lain selain meningkatkan mutu pencapaian dari kutipan pingat daripada Sukan SEA yang sebelumnya.

 

Selain itu, kita juga berharap sekurang-kurangnya para atlet juga mampu memperbaiki rekod peribadi mahupun kebangsaan.

 

Meskipun mereka tidak menetapkan sasaran pungutan pingat namun pihak mereka potensi untuk mendapat pingat menerusi acara sukan seni bela diri antaranya Wushu, Karate dan Pencak Silat.

 

Seperti yang kita ketahui penularan wabak COVID-19 sekarang ini yang masih melanda, pihak penganjur juga menggariskan beberapa panduan SOP di samping menjaga kesihatan dengan membuat ART dan pemakaian sungkup muka serta penyediaan pencuci sabun dan sanitasi tangan.

 

Seramai 56 ahli kontinjen NBD yang terdiri daripada Chef de Mission, empat pegawai urus setia, tiga pegawai perubatan, seorang Pengurus sukan e-Sport, tiga orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Billiard & Snooker, enam orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Aquatics, 13 orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Pencak Silat, tujuh orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Petanque, 15 orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Karate dan tiga orang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan Athletics.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS,Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

 

Kumpulan seterusnya akan bertolak ke Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu, 6 Mei 2023. Negara menghantar kontinjen seramai 100 orang pada pesta kali ini termasuk 65 atlet yang akan berentap dalam 12 sukan yang akan berlangsung bermula dari 5 hingga 17 Mei nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48