FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkukuhkan Inisiatif Pendidikan, Memantapkan Kompetensi Pemimpin Sekolah


 


 May 4th, 2023  |  07:14 AM  |   248 views

JERUDONG

 

Seramai 346 peserta dan jemputan terdiri daripada pemimpin sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama, pada hari ini telah menyertai Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah Kali Ke-5 2023, berlangsung selama dua hari bermula hari ini, bertempat di Pusat Persidangan Bridex.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Imam Masjid A-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, Awang Haji Muhd. Yadiy bin Haji Yussof, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Sekolah-Sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang selaku Pengerusi Bersama Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah Kali Ke-5 2023.

 

Acara diteruskan dengan ucapan dari tetamu kehormat yang antara lain menjelaskan Konvensyen hari ini yang bertemakan 'Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti' dan subtema 'Penilaian', adalah susulan daripada Konvensyen Pemimpin Sekolah yang telah diadakan pada November 2022 yang lalu.

 

"Susulan daripada empat konvensyen sebelum ini, Konvensyen Pemimpin Sekolah hari ini menandakan berakhirnya kitaran 5 tahun Konvensyen Pemimpin Sekolah 2019-2023," tambah Yang Berhormat lagi.

 

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan perasmian konvensyen serta pelancaran Buku Garis Panduan Blended Learning, MOE TV dan Digital Resources Management System (DRMS).

 

Selepas itu, majlis diikuti dengan penyampaian ucaptama bertajuk 'Could Assessment be Reconceptualised to Better Serve Learning?' yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif The Australian Council for Educational Research (ACER), Professor Geoff Masters selaku pakar dalam bidang Pendidikan khususnya penilaian serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam reformasi kurikulum dan penilaian.

 

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama penyampai ucaptama yang diikuti dengan pembentangan mengenal Student's Assessment Framework yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Peperiksaan, Awang Shahrizal bin Haji Emran.

 

Bagi sesi petang, majlis diteruskan dengan sesi dialog antara ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin sekolah yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh.

 

Seramai enam panel mewakili jabatan masing-masing iaitu Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Pengurusan Pendidik, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kenaziran Sekolah membentangkan inisiatif-inisiatif terkini dari jabatan masing-masing.

 

Konvensyen tersebut antara lain bertujuan untuk mengukuhkan kesepaduan sistemik di dalam Kementerian dan bersama pihak-pihak yang berkepentingan melalui penglibatan dan sokongan yang kukuh dan mampan.

 

Selain itu, objektif konvensyen juga merangkumi peningkatan akauntabiliti bersama di antara jabatan-jabatan dan sekolah-sekolah dalam pelaksanaan inisiatif Kementerian Pendidikan, pengukuhan kapasiti dan kompetensi Pemimpin Sekolah serta pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaian sekolah-sekolah.

 

Majlis konvensyen anjuran Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah tersebut turut dihadiri oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, dan pemimpin-pemimpin sekolah Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47