Home > Bahasa Melayu
Tawaran Program IBTE Bagi Pengambilan Ogos 2023
May 5th, 2023 | 08:04 AM | 154 views
GADONG
Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) membukakan pusingan kedua tawaran program bagi pengambilan bulan Ogos 2023.
Sebanyak 24 program ditawarkan untuk pusingan pada kali ini yang dibukakan pada Rabu, 3 Mei 2023 selama dua minggu.
Tarikh tutup bagi memohon program-program berkenaan adalah pada Selasa, 16 Mei 2023 pada jam 4.30 petang.
Program-program dan kampus-kampus yang menawarkan pengambilan bagi pusingan kedua berkenaan adalah seperti lampiran yang disertakan.
Permohonan berkenaan dibukakan kepada warga dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Borang permohonan bolehlah didapati melalui laman sesawang 'https://ibte.edu.bn/tvecas/' dan tarikh tutup permohonan adalah pada Selasa, 16 Mei 2023, jam 4.30 petang.
Bagi memberi peluang kepada pemohon serta orang ramai untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai program-program yang ditawarkan, IBTE akan mengadakan Hari Terbuka di dua tempat berasingan, iaitu pada 10 Mei 2023 dan 11 Mei 2023, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat IBTE – School of Aviation & Multipurpose Hall, IBTE Kampus Sultan Bolkiah, Seria.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar e-mel ke alamat : [email protected].
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]