Home > Bahasa Melayu
36 Pelajar Terpilih Sertai COP Kelasi Dek Dan Kelasi Engine
May 5th, 2023 | 08:09 AM | 229 views
BELAIT
Seramai 36 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program Certificate of Proficiency Apprenticeship (COP) Kelasi Dek dan Kelasi Engine yang ditawarkan oleh Akademi Maritime Brunei (BMA) bagi sesi Mei 2023.
Minggu Orientasi berkenaan diadakan selama tiga hari, bermula dari Rabu, 3 Mei 2023 hingga Sabtu, 6 Mei 2023 bertujuan untuk membiasakan mereka mengenali persekitaran kampus dan mengenali rakan-rakan mereka sebelum mereka memulakan pembelajaran pada minggu hadapannya.
Pelbagai aktiviti disusun antaranya taklimat-taklimat yang berkaitan dengan kebajikan kampus, peraturan-peraturan, taklimat keselamatan dan sebagainya.
Acara orientasi diteruskan lagi pada sebelah petang, dengan para pelajar akan mengikuti aktiviti yang disediakan oleh Ketua Kumpulan dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]