FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Persiapan Rapi Menjelang Peperiksaan


 


 May 5th, 2023  |  08:12 AM  |   218 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mendengar perkataan 'peperiksaan' sahaja sudah dapat memberikan sedikit gambaran yang cemas dan gelisah pada sesetengah pelajar yang belum membuat persiapan mengenainya.

 

Namun ada juga sesetengah pelajar yang teruja menanti untuk menghadapi peperiksaan yang merupakan asas penilaian yang penting untuk setiap pelajar, yang mana melalui peperiksaan, prestasi pelajar dapat dinilai dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

 

Pada masa yang sama, peperiksaan adalah sesuatu yang normal yang perlu para pelajar hadapi dalam kehidupan bersekolah tidak kira sama ada dari peringkat tadika mahupun sehingga ke peringkat pengajian tinggi, jadi tidak perlulah kita khuatir atau takut untuk menghadapinya.

 

Walau bagaimanapun, tanpa persediaan yang rapi, peluang untuk mendapat gred yang cemerlang adalah sangat tipis.

 

Para ibu bapa juga pada masa ini sudah sedia maklum menjelang minggu kedua ini nanti sekolah-sekolah sama ada sesi pengajian pagi mahupun petang akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

 

Justeru sebagai pelajar, adalah amat penting untuk membuat persediaan awal dan bukan di saat-saat akhir, malah berikanlah fokus sepenuhnya kepada mata pelajaran yang kurang mahir agar sebarang kelemahan boleh diperbaiki.

 

Dalam pada itu sokongan keluarga juga adalah sangat penting terutama para ibu bapa yang sudah berusaha memberikan pendidikan yang sempurna dunia dan akhirat dan sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak mereka.

 

Maka adalah menjadi tanggungjawab pelajar bagi memenuhi harapan ibu bapa dan guru-guru dengan berusaha belajar bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk meraih kejayaan cemerlang duniawi dan ukhrawi demi membahagiakan hati kedua ibu bapa dan guru-guru.

 

Antara beberapa saranan positif yang dapat dikongsikan sedikit di sini bagi para pelajar sebelum menjelangnya peperiksaan selain berusaha dengan rajin, para pelajar juga sentiasa disarankan untuk mencari kawan yang mempunyai sikap dan fikiran positif serta dapat memotivasikan kita untuk sentiasa minat belajar, kerana perlu diingat bahawa pelajaran dapat menentukan masa hadapan kita.

 

Di samping itu bilik yang kemas juga dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, dan hendaklah mengetepikan perkara yang tidak berkaitan dengan peperiksaan seperti gajet-gajet, alat-alat permainan video 'game' dan sebagainya serta apa-apa jua yang boleh mengganggu fikiran dan mengalihkan fokus dari pelajaran.

 

Selain itu, salah satu cara paling efektif untuk menghadapi peperiksaan adalah dengan sering membuat latih tubi dengan soalan-soalan peperiksaan tahun terdahulu atau latihan-latihan yang dipelajari di sekolah dari mula awal tahun bagi membantu diri para pelajar untuk terbiasa dengan format soalan.

 

Seminggu sebelum peperiksaan para pelajar hendaklah mengulang kaji dan baca nota-nota ringkas yang telah dibuat terlebih awal.

 

Tinggalkanlah sebarang aktiviti yang tiada kaitan atau memberikan manfaat seperti membaca majalah atau novel, menonton TV, bermain 'handphone' untuk melayari media sosial seperti WhatsApp, Twitter, Instagram, Snapchat, Tiktok, Facebook dan sebagainya serta membuang masa dengan bersantai atau lepak bersama kawan-kawan.

 

Jika ada sebarang masalah atau kurang faham mengenai sesuatu soalan atau teknik menjawab, hendaklah para pelajar merujuk kepada guru-guru atau meminta bantuan kakak atau abang atau para ibu bapa untuk menjelaskan mengenainya.

 

Ketika di sekolah, ajaklah kawan-kawan untuk mengulang kaji bersama, kerana mungkin sahaja kamu ada soalan yang tidak difahami dan begitu juga mereka, akan tetapi, pastikan kamu semua fokus ketika bersama dan pastikan disiplin mengikut masa.

 

Walau bagaimanapun jika merasa mengantuk dan letih ambillah masa untuk berehat seketika, namun ada juga terdapat pada kalangan sesetengah pelajar yang membuat jadual ulang kaji contoh jika kamu lebih bersemangat untuk belajar di waktu pagi, berehatlah ketika menjelang tengah hari.

 

Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza, jika kamu lebih produktif pada waktu malam, rehatlah lebih awal supaya kamu lebih bersedia untuk mengulang kaji pada malam hari, dan begitu juga jika kamu lebih suka mengulang kaji sebelum waktu subuh sekitar jam 2 hingga 4 pagi maka berehatlah lebih awal pada malam hari.

 

Di samping itu antara keutamaan lain yang perlu dititikberatkan ialah menjaga kesihatan dan imuniti tubuh badan, makanlah makanan yang seimbang dan sihat serta elakkanlah makan makanan jenis snek (junk foods).

 

Pastikan banyak minum air kosong kerana kita tidak mahu tubuh terhidrasi, ini kerana tubuh yang cukup kandungan air akan membolehkan otak bekerja pada tahap yang cemerlang, dan kadar air yang cukup adalah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

 

Manakala, sehari sebelum peperiksaan diadakan, banyakkan berehat dan elakkan diri daripada menghadapi tekanan, tidur dan bangun awal, dan yang lebih wajib tunaikanlah sembahyang-sembahyang fardu dan berdoalah kepada Allah Subhanahu Wata'ala supaya dipermudahkan segala urusan kita menghadapi peperiksaan.

 

Pada hari peperiksaan, eloklah mengambil wuduk, bersalam dengan kedua ibu bapa dan mohon doa restu mereka sebelum bertolak ke sekolah.

 

Semasa menduduki peperiksaan, amalkan kaedah 'recall' untuk mengingati apa yang telah dipelajari dan jawab soalan dengan tenang.

 

Sering diingatkan untuk para pelajar untuk menjawab soalan senang dahulu kemudian baru beralih menjawab soalan yang susah, namun sentiasalah beringat-ingat untuk sentiasa menyemak semula kertas-kertas jawapan agar tidak berlaku kecuaian atau lupa untuk menjawab soalan yang mungkin ditinggalkan.

 

Jangan berhenti sebelum masa menjawab habis dan semak berulang kali jawapan yang diberikan bagi memastikan kita telah memberikan jawapan yang terbaik.

 

Namun kita juga sering merasa waswas ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan, justeru kira perlu akur setelah segala daya usaha telah dibuat, maka kita berdoa dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala mohon dipermudahkan segala urusan pembelajaran kerana doa adalah senjata terakhir bukan sahaja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47