FacebookInstagramTwitterContact

 

Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>           Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersama Memacu Pembangunan Sukan Negara


 


 May 5th, 2023  |  08:17 AM  |   145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sukan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa.

 

Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan berdikari.

 

Pembangunan sukan dan kemajuan sukan adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan dengan sektor bukan kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan.

 

Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanah air melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

 

Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun 50-an seperti Persatuan Olahraga Amatur Brunei yang ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956.

 

Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan.

 

Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984.

 

Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya.

 

Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringkat ASEAN.

 

Pada tahun 1984, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program.

 

Kementerian ini merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlet yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan.

 

Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab.

 

Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Di sektor 'Sukan Untuk Masyarakat' banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menghasilkan satu tapak atau landasan yang kukuh ke arah kecemerlangan.

 

Di sektor 'Sukan Prestasi Tinggi', walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN kemampuan atlet dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan.

 

Tujuan sukan negara ialah untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa selain untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa, dan untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan sukan.

 

Seperti penyertaan atlet dan pasukan negara di kejohanan anjuran persekutuan sukan, seperti Sukan SEA, ia hendaklah dihadkan kepada sukan yang boleh memperlihatkan mutu walaupun pendedahan di kalangan antarabangsa terus digalakkan.

 

Berbagai-bagai kemudahan sukan telah disediakan dan dirancang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian/Jabatan, seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa tempatan. Kemudahan-kemudahan ini pada keseluruhannya dapat memenuhi kehendak semasa.

 

Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penyelarasan penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut yang menimbulkan keadaan penggunaan yang tidak maksima.

 

Selain itu, negara sekarang juga mempunyai Galeri Sukan Negara Brunei Darussalam yang terletak di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada 7 April 2014.

 

Galeri ini mempamerkan perkembangan sukan di negara ini dan memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada tokoh-tokoh dan ahli-ahli sukan yang telah mengharumkan nama negara pada kejohanan sukan serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia, Kejohanan Bola sepak Liga Singapura, Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN dan Sukan Para yang melibatkan atlet-atlet yang berkeperluan khas.

 

Turut dipamerkan ialah piala, pingat, cenderamata, peralatan sukan dan gambar-gambar kenangan para atlet negara.

 

Kejayaan dasar sukan negara ini bergantung kepada rakyat dan penduduk yang mana secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan dasar ini. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus memimpin, menggalak dan membantu sebagai ahli persyarikatan yang bertanggungjawab.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47