Home > Bahasa Melayu
Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil Sempena 66 Tahun Perkhidmatan Radio Brunei
May 5th, 2023 | 08:23 AM | 217 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Radio Televisyen Brunei (RTB) hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, di sini.
Majlis berkenaan adalah khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.
Hadir mengetuai rombongan berkenaan di sini, Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim.
Juga hadir, para pegawai dan kakitangan RTB.
Adapun majlis berkenaan diadakan adalah bersempena dengan Ulang Tahun Perkhidmatan Radio Brunei Ke-66.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]