FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Media Massa Berperanan Penting Dalam Membanteras Pemerdagangan Manusia


 


 May 5th, 2023  |  08:25 AM  |   183 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan kerjasama Youth Against Slavery (YAS) menganjurkan kuliah umum dengan tajuk 'How We Can All Work Together to Stop Human Trafficking' bertempat di salah sebuah hotel di ibu negara, di sini.

 

Penceramah undangan, Assistant Sheriff of Homeland Security and Investigative Services Division, Las Vegas Metropolitan Police, Sasha Larkins menyatakan, kes pemerdagangan manusia semakin meningkat dan isu berkenaan sering melibatkan mangsa wanita dan kanak-kanak.

 

Beliau yang sudah mempunyai pengalaman selama 24 tahun sebagai polis seterusnya berkata aktiviti pemerdagangan manusia berkenaan menjadi satu isu besar bagi sesebuah negara disebabkan perbuatan berkenaan melanggar hak asasi manusia.

 

“Walaupun aktiviti ini boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti yang tidak bermoral dan berperikemanusiaan, namun ia masih dijalankan oleh individu atau organisasi tertentu disebabkan hasil pulangan yang sangat lumayan dan aktiviti ini menular ke pelusuk dunia.

 

“Selain pihak berkuasa, masyarakat juga memainkan peranan penting bagi menangani isu pemerdagangan manusia kerana masyarakat setempat merupakan tulang belakang kepada kerajaan dalam mendapatkan informasi yang berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan yang berlaku di kawasan mereka," jelas Sasha Larkins lagi.

 

Peranan media massa juga tegasnya, dilihat sangat penting dalam membanteras kes pemerdagangan manusia dan pada era globalisasi ini, peranan media massa dilihat sangat penting untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat tanpa mengira di mana mereka berada dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

 

Media massa katanya lagi, merupakan lambang kemajuan teknologi informasi dan komunikasi serta mempunyai peranan penting dalam menentukan penyampaian informasi dan saluran dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat kerana media massa dilihat dapat menyebarkan maklumat mengenai kes pemerdagangan manusia dengan cepat dan menyalurkan maklumat tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat sekiranya berlaku aktiviti pemerdagangan di kawasan mereka.

 

Dengan itu tambahnya, masyarakat akan lebih peka dan mengambil berat tentang isu pemerdagangan manusia.

 

Sasha Larkins seterusnya menjelaskan isu pemerdagangan manusia seharusnya diberi perhatian yang serius kerana membabitkan penganiayaan terhadap golongan yang tidak bersalah.

 

“Menurut Jabatan Negara AS, dianggarkan 27.6 juta kini menjadi mangsa pemerdagangan di seluruh dunia. Setiap tahun, Jabatan Negara AS mengeluarkan laporan global Trafficking in Persons (TIP), yang menilai usaha kerajaan di seluruh dunia untuk memerangi pemerdagangan manusia dan menyerlahkan strategi untuk menangani jenayah ini dan melindungi mangsa.

 

“Laporan ini ialah sumber paling komprehensif di dunia tentang usaha anti pemerdagangan kerajaan, meliputi 188 buah negara, dan ia mencerminkan komitmen Kerajaan AS terhadap kepimpinan global dalam isu hak asasi manusia, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara yang penting ini," ujarnya lagi.

 

Kuliah Umum yang disertai seramai 80 orang peserta berkenaan turut dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke NBD, Puan Yang Terutama Caryn McClelland.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47