FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dukung Pendekatan Pengajaran, Pembelajaran Lebih Kreatif, Inovatif


 


 May 5th, 2023  |  08:27 AM  |   341 views

JERUDONG

 

Konvensyen Pemimpin-pemimpin Sekolah ke-5, 2023 diharap akan terus membentuk para peserta untuk menjadi insan yang berkemahiran dan cekap, serta mengubah mereka untuk menjadi pemimpin yang hebat.

 

Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang menjelaskan perkara itu dalam ucapan alu-aluannya pada acara Penutup Konvensyen Pemimpin-pemimpin Sekolah ke-5, 2023 yang berlangsung di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong, hari ini.

 

Beliau juga antara lain menggalakkan para pemimpin sekolah, guru dan pihak berkepentingan yang relevan untuk menggunakan sepenuhnya Garis Panduan Blended Learning, MOE TV dan Sistem Pengurusan Sumber-sumber Digital (DRMS), yang telah dilancarkan kelmarin bagi mendorong pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif, seterusnya menyokong peningkatan pengajaran serta pembelajaran.

 

Hadir selaku kehormat dan menyempurnakan penyampaian pelantikan pemimpin-pemimpin sekolah baharu dan insentif sekolah bagi sekolah-sekolah kerajaan yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam bagi tahun 2022 ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

 

Sebanyak 18 buah sekolah rendah telah dianugerahkan mengikut pencapaian dalam empat kategori Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Penilaian Whole School Evaluation (WSE) bagi tahun 2022.

 

Manakala, sebanyak tiga kategori penganugerahan kepada 15 buah sekolah menengah hasil pencapaian di dalam Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level dan Penilaian WSE bagi tahun 2022.

 

Seterusnya, sebanyak empat buah pusat tingkatan enam telah dianugerahkan dalam tiga kategori pencapaian bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'A' Level dan Penilaian WSE 2022.

 

Bagi kategori sekolah yang mencapai keputusan cemerlang melepasi sasaran pula, sekolah yang mencapai 'National KPI' (90 peratus) dari tahun 2020 hingga 2022 dalam PSR ialah Sekolah Rendah Sungai Teraban dan Sekolah Rendah Benutan.

 

Bagi kategori ini sekolah dianugerahkan insentif bernilai BND2000.00.

 

Sementara itu, sekolah yang mencapai keputusan cemerlang melepasi sasaran 90 peratus gred A-C dalam PSR Tahun 2022 berdasarkan keramaian calon ialah Sekolah Rendah Penanjong, Sekolah Rendah Selapon, Sekolah Rendah Benutan, Sekolah Rendah Rambai dan Sekolah Rendah Sungai Teraban.

 

Sekolah-sekolah berkenaan dianugerahkan insentif bernilai BND1500.

 

Sekolah yang mencapai atau melepasi sasaran 60 peratus memperolehi 5 'O' level / IGCSE ke atas ialah Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (B), Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM).

 

Bagi kategori ini, sekolah penerima dianugerahkan insentif bernilai BND3000.

 

Manakala, bagi pusat tingkatan enam yang mencapai keputusan 80 peratus ke atas dengan 3 'A' levels ke atas dalam peperiksaan GCE 'A' level 2022 ialah MSPSBS dan dianugerahkan insentif bernilai BND3000.

 

Bagi kategori sekolah yang menunjukkan peratus peningkatan, sekolah yang menunjukkan peratus peningkatan Gred A hingga C dari tahun 2020 hingga 2022 dalam PSR berdasarkan keramaian calon ialah Sekolah Rendah Haji Tarif dan Sekolah Rendah Penanjong, di mana sekolah-sekolah berkenaan dianugerahkan insentif bernilai BND1500.00.

 

Sementara itu, sekolah yang menunjukkan peratus peningkatan dari tahun 2020 hingga 2022 memperolehi 5 'O' level / IGCSE ialah Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri dan Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (B).

 

Bagi kategori ini, sekolah penerima dianugerahkan insentif bernilai BND2000.

 

Kategori pencapaian sekolah terbaik dalam penilaian WSE dalam empat domain 'Band' yang tinggi mengikut peringkat sekolah diraih oleh Sekolah Rendah Sengkurong, Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Sekolah Rendah Sungai Teraban, Sekolah Rendah Danau, Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Sungai Kebun, Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Rendah Lubok Pulau, Sekolah Rendah Kapok dan Sekolah Rendah Mulaut.

 

Bagi kategori ini sekolah penerima dianugerahkan insentif bernilai BND1000.

 

Sekolah Menengah Perdana Wazir pula menerima Anugerah 'Silver Award',  dengan insentif bernilai BND1500.00, manakala 'Bronze Award' diraih oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Maktab Anthony Abell, Sekolah Menengah Sayyidina 'Umar Al-Khattab, Sekolah Menengah Rimba, SMPAPHM dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, di mana masing-masing dianugerahkan insentif bernilai BND1000.

 

Bagi pusat tingkatan enam ialah Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Pusat Tingkatan Enam Tutong dan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan dianugerahkan insentif bernilai BND1000.

 

Majlis Penutup Konvensyen turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, dan pemimpin-pemimpin sekolah Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47