Home > Bahasa Melayu
Jalan Lorong Pinang, Seria Ditutup Sementara
May 8th, 2023 | 08:31 AM | 160 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Lorong Pinang, Seria (sila rujuk peta) selama satu minggu mulai Isnin, 8 Mei 2023, pukul 8.00 pagi.
Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja paip pembetung di jalan berkenaan.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang ada di kawasan berkenaan dan disarankan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam (TD) 123 / Livechat TD 123 (+673 8333123) atau e-mel '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]