FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teruja Ikut Serta Dalam Istiadat Bersejarah


 


 May 8th, 2023  |  09:00 AM  |   130 views

UNITED KINGDOM

 

Upacara Perarakan sempena Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada 6 Mei 2023 di London, United Kingdom menyaksikan penyertaan 40 angkatan tentera terdiri daripada negara-negara Komanwel yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam istiadat yang bersejarah tersebut.

 

Delegasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terdiri daripada 10 anggota, yang diketuai oleh Penasihat Akademik di Akademi Pertahanan ABDB, Mejar (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Md. Aminuddin antara yang diberi penghormatan untuk menyertai pasukan negara Komanwel dalam perbarisan itu.

 

Ketika ditemu bual, Mejar (U) Wan Muhammad Azem mewakili delegasi ABDB, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas pemilihan untuk menyertai perbarisan bagi Upacara Perarakan berkenaan.

 

Mengulas mengenai kriteria anggota-anggota yang terpilih untuk menyertai perbarisan tersebut, beliau menjelaskan para anggota perlu mempunyai rekod kecemerlangan dalam perkhidmatan dan pernah memenangi anugerah-anugerah terbaik dalam kursus-kursus yang dikendalikan ABDB.

 

"Selain itu, terdapat juga anggota yang terpilih merupakan penerima biasiswa dari Kementerian Pertahanan dan juara Qari yang pernah mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

"Anggota-anggota yang terpilih hendaklah mempunyai status kesihatan yang optimal dari segi mental serta fizikal, selain disiplin yang tinggi," ujarnya.

 

Sementara itu, Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut memberitahu, persiapan perbarisan bagi upacara berkenaan telah pun dibuat lebih awal semasa berada di NBD.

 

Menurutnya, persiapan fizikal dan mental perlu dilakukan lebih awal memandangkan latihan yang dijalankan di negara tersebut agak mencabar dari segi jarak perjalanan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang sejuk.

 

"Di samping itu, anggota-anggota ABDB perlu mengekalkan tahap kesihatan fizikal dengan menjaga kesihatan mereka di sini dan mengekalkan disiplin di tahap yang tinggi bagi memperlihatkan kepada negara-negara bahawa ABDB adalah satu organisasi yang baik," terangnya.

 

Sarjan Mohammad Khairuddin bin Salleh juga mengambil kesempatan bagi mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana telah memberikan peluang dan sepenuh kepercayaan kepada beliau dan anggota-anggota yang lain untuk mewakili ABDB dan NBD dalam Upacara Perarakan sempena Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III.

 

"Ini merupakan kali pertama bagi kami menyertai perbarisan yang berskala besar di luar negara. Kami rasa sangat gembira dan bangga kerana dapat mengambil bahagian dalam yang upacara penuh bersejarah ini," katanya.

 

Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III berkenaan diadakan di Westminster Abbey, di mana His Majesty King Charles III ditabalkan menjadi Raja United Kingdom Ke-62.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55