Home > Bahasa Melayu
ABDB sertai perbarisan Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III
May 8th, 2023 | 09:04 AM | 155 views
UNITED KINGDOM
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai perarakan bersama 40 angkatan tentera dari negara Komanwel yang lain dan British Overseas Territories sempena Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland yang berlangsung di London, United Kingdom.
Delegasi ABDB yang terdiri daripada 10 orang anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Akademi Pertahanan ABDB, Institut Latihan ABDB dan Rejimen Pasukan Khas diketuai oleh Penasihat Akademik di Akademi Pertahanan ABDB, Mejar (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Md Aminuddin.
Kontinjen ABDB telah menjalani latihan selama dua minggu bersama angkatan tentera yang ikut serta di bawah pengawasan pegawai-pegawai serta jurulatih Angkatan Tentera British.
Latihan tersebut dikendalikan secara berfasa dan berakhir dengan penyatuan angkatan tentera negara-negara Komanwel dengan Angkatan Tentera British dalam perbarisan raksasa yang terdiri dari 6,000 orang anggota.
Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III di Westminster Abbey ini diadakan 70 tahun selepas Pertabalan bonda baginda, Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]