FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lipat Gandakan Amalan Harian, Mohon Perlindungan Allah


 


 May 8th, 2023  |  09:20 AM  |   199 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Amalan ziarah atau berkunjung-kunjungan di hari raya sudah menjadi adat kebiasaan dalam kalangan masyarakat Brunei, dan ada juga tuan rumah yang mengadakan rumah terbuka dengan menyediakan pelbagai jenis juadah kepada para tetamu.

 

Dalam pada itu, ada di antara para tetamu yang diundang ke rumah terbuka tersebut sedang mengerjakan puasa enam.

 

Perlu diingat, berpuasa sunat bukanlah alasan untuk tidak menghadiri jemputan, bahkan disunatkan untuk kita mendoakan tuan rumah yang menjemput tanpa perlu dituntut untuk berbuka puasa.

 

Menurut ulama, jika seseorang itu berpuasa sunat, dibolehkan ia untuk berbuka puasa, bahkan sunat hukumnya untuk berbuka puasa seandainya tuan rumah berasa tersinggung jika ia tidak memakan makanan yang dihidangkan.

 

Perkara tersebut adalah antara yang disampaikan di dalam tazkirah bertajuk 'Adab Berhari Raya dengan Puasa 6' oleh Pegawai Kerja i-Ready, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dari Masjid Kampung Kilanas, Awang Mohd Fahmi bin Haji Matnor, secara maya bagi mengimarahkan Malam Munajat anjuran KHEU kali yang ke-84.

 

Acara Munajat malam tadi mengundang tetamu khas yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah iaitu Ahli Majlis Ugama Islam dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yusof, dari Masjid Kampung Lambak Berakas.

 

Selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh ahli Kumpulan Belia Al-Jauhar, Belia Masjid Kampung Lambak Berakas, Awang Saifullah bin Shamsul, dari masjid berkenaan dan diikuti dengan Doa Munajat dibacakan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, KHEU, Awang Haji Suhaimi bin Haji Gemok, juga dari Masjid Kampung Lambak Berakas.

 

Sejurus selesai Tazkirah, bacaan Selawat Ibrahimiyyah dipimpin oleh Awang Muhammad Darwisy Afiq bin Jalani, bersama Belia IMPAK Penggerak Belia Tutong dari Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong.

 

Bagi memberkati acara Munajat, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pemangku Pegawai Pemantau Zon 3, Brunei Muara, KHEU, Awang Muhammad Saifullah bin Rosli, dari Masjid Kampung Lambak Berakas.

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID19.

 

Turut hadir bagi sama-sama mengimarahkan acara program Munajat malam tadi ialah para Belia IMPAK Penggerak Belia Tutong; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak Berakas; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas serta para jemaah daripada 91 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, dan juga warga KHEU berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua mereka berada pada setiap Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau secara langsung melalui Facebook 'Pusat Da'wah Islamiah'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15