Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan 2023
May 9th, 2023 | 08:07 AM | 206 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun 2023 bagi Peringkat Daerah Brunei dan Muara, hari ini, bersidang bagi permesyuaratan pertama bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini.
Agenda mesyuarat termasuk perkara yang memfokuskan kepada penyusunan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan serta membincangkan format atur cara sambutan bagi peringkat Daerah Brunei dan Muara.
Mesyuarat tersebut seperti lazimnya membincangkan pembubaran jawatankuasa perayaan dan pelantikan jawatankuasa yang baharu bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan pada tahun ini selain memaklumkan laporan post mortem acara-acara perayaan yang berlangsung pada tahun lepas.
Permesyuaratan kali ini juga disertai pelbagai pihak agensi dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Terdahulu, sesi bergambar ramai diadakan sebelum sidang mesyuarat dimulakan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]