Home > Bahasa Melayu
Penutupan Sementara Sebahagian Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait
May 10th, 2023 | 07:24 AM | 114 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait (sila rujuk peta) selama dua minggu, mulai Khamis, 11 Mei 2023, pukul 8.00 pagi.
Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan berkenaan.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan lencongan yang ada di kawasan berkenaan dan disarankan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam (TD) 123 / Livechat TD 123 (+673 8333123) atau e-mel '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]