FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ASEAN Perlu Utamakan Peranan Belia


 


 May 11th, 2023  |  08:49 AM  |   148 views

INDONESIA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa ASEAN perlu mengutamakan isu-isu yang akan memainkan peranan penting demi masa depan serantau, khususnya golongan belia.

 

Oleh itu tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ASEAN harus menyediakan lebih banyak peluang dan meningkatkan interaksi di antara para belia agar mereka dapat menyumbang kepada usaha-usaha pembangunan Komuniti dengan jayanya.

 

Justeru itu, Kebawah DYMM gembira dengan sokongan daripada Negara-negara Anggota ASEAN bagi ASEAN Junior Fellowship Programme yang dicadangkan pada tahun 2021 dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para belia mengenai kerja-kerja di bawah ASEAN telah berkembang maju.

 

Kebawah DYMM bertitah demikian pada Majlis Pembukaan dan Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang berlangsung di Komodo Ballroom, Meruorah Convention Centre.

 

Baginda seterusnya bertitah mengalu-alukan penglibatan Timor-Leste dalam program berkenaan bermula pada tahun ini.

 

Perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar demi generasi masa hadapan titah baginda, juga perlu diberikan tumpuan di mana aktiviti-aktiviti pembangunan mengakibatkan kesan-kesan yang menjejaskan kepada ekosistem seperti pencemaran dan kehilangan biodiversiti yang menyebabkan impak perubahan iklim di rantau ini bertambah buruk.

 

Ke arah ini tambah titah Kebawah DYMM, penubuhan ASEAN Centre for Climate Change di Negara Brunei Darussalam pada tahun ini adalah diharapkan untuk dapat menghasilkan penyelesaian secara inovatif dan cadangan dasar bagi menangani isu-isu berkenaan.

 

Di samping itu, Kebawah DYMM bertitah menggesa agar ASEAN memastikan kesiapsiagaan rantau ini dalam menghadapi kecemasan dan bencana dengan mengambil pendekatan yang lebih bersepadu dan strategik untuk melindungi pertumbuhan serantau dan pembangunan ekonomi, sementara rantau ini masih lagi meneruskan pemulihan daripada pandemik COVID-19.

 

Terdahulu dalam titah, baginda mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone; dan Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Taur Matan Ruak yang hadir buat pertama kalinya ke Sidang Kemuncak ASEAN.

 

Baginda juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Hun Sen, kerana negara berkenaan menghoskan Sukan Asia Tenggara (SEA Games) buat pertama kalinya pada tahun ini.

 

Sejak penubuhan ASEAN sekitar 60 tahun yang lalu, Kebawah DYMM menekankan bahawa prinsip dan asas ke arah mencapai hasrat bersama ASEAN bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara adalah untuk terus kekal relevan.

 

Pada mengakhiri titah, Kebawah DYMM menggariskan kepentingan ASEAN SHIELD, yang menekankan keperluan untuk pendekatan whole-of-ASEAN, meningkatkan penyelarasan secara 'cross-cultural', dan untuk bersiap siaga bagi menangani pelbagai cabaran masa hadapan.

 

Terdahulu sebelum itu, Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Joko Widodo dalam ucapannya, antara lain menekankan bahawa ASEAN harus memfokuskan usaha kepada pengukuhan perpaduan di dalam persaingan geopolitik yang semakin hebat.

 

Di samping itu jelas TYT Joko Widodo, ASEAN juga perlu berusaha ke arah menjadikan peralihan tenaga sebagai satu keutamaan bagi mencapai kestabilan kewangan, di samping terus memperkukuhkan One Health Initiative dengan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembekalan peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

 

Terdahulu, keberangkatan tiba Kebawah DYMM di perkarangan Meruorah Convention Centre dialu-alukan oleh TYT Joko Widodo.

 

Berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Majlis yang juga dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta Republik Demokratik Timor-Leste berkenaan dimulakan dengan lagu tema ASEAN, 'The ASEAN Way' dan ucapan pembukaan daripada TYT Presiden Republik Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, di mana Tuan Yang Terutama mengalu-alukan kehadiran para pemimpin dan delegasi ke Labuan Bajo bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42.

 

Ini diikuti dengan ucapan daripada Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Taur Matan Ruak.

 

Sesi Plenari berkenaan juga membincangkan mengenai isu-isu berkaitan pembangunan Komuniti ASEAN, dengan tumpuan kepada tema Sidang Kemuncak pada tahun ini, iaitu 'ASEAN Matters: Epicentrum of Growth'.

 

Pada penghujung Sesi Plenari berkenaan, ASEAN Leaders' Statement on the Development of the ASEAN Community's Post-2025 Vision; ASEAN Leaders' Statement on the Strengthening of ASEAN's Capacity and Institutional Effectiveness; ASEAN Leaders' Declaration on Combating Trafficking in Persons Caused by the Abuse of Technology; ASEAN Leaders' Declaration on Developing Regional Electric Vehicle Ecosystem; ASEAN Leaders' Declaration on Advancing Regional Payment Connectivity and Promoting Local Currency Transaction; ASEAN Leaders' Declaration on the Protection of Migrant Workers and Family Members in Crisis Situation; ASEAN Leaders' Declaration on One Health Initiative; ASEAN Leaders' Statement on the Establishment of an ASEAN Villages Network; ASEAN Declaration On The Placement and Protection Of Migrant Fishers; and Roadmap for Timor-Leste's Membership in ASEAN and its Annexes diluluskan.

 

Pada tahun ini, Timor-Leste buat pertama kalinya menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, yang mana para Pemimpin ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-40 dan Ke-41 pada bulan November lepas di Kemboja telah bersetuju pada dasarnya bagi keahlian Timor-Leste selaku ahli ASEAN ke-11 dan bagi negara berkenaan untuk diberikan status Negara Pemerhati dalam ASEAN, ini termasuk penyertaan dalam kesemua mesyuarat-mesyuarat ASEAN serta sesi-sesi plenari pada sidang kemuncak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56