Home > Bahasa Melayu
Teroka Peluang Kerjasama Pelbagai Bidang
May 11th, 2023 | 08:50 AM | 253 views
INDONESIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chính di Meruorah Convention Centre.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Kedua-dua pemimpin antara lainnya berbincang mengenai kerjasama dua hala di bawah Plan of Action to Implement the Comprehensive Partnership for 2023 - 2027 between Brunei Darussalam and the Socialist Republic of Viet Nam termasuk dalam bidang tenaga, produk halal, pelancongan, serta pertukaran antara rakyat.
Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama juga mengalu-alukan untuk menerokai peluang bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara.
Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Viet Nam mula terjalin pada 29 Februari 1992, di mana kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam bidang perdagangan, tenaga, pendidikan, akuakultur, dan pertukaran antara rakyat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]