Home > Bahasa Melayu
NBD, Malaysia Perkukuh Hubungan Dalam Bidang Berkepentingan Bersama
May 11th, 2023 | 08:54 AM | 222 views
INDONESIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Meruorah Convention Centre.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Semasa perjumpaan ini, kedua-dua pemimpin telah berbincang mengenai langkah-langkah untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam bidang-bidang berkepentingan bersama kepada Negara Brunei Darussalam dan Malaysia termasuk melalui Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan antara kedua-dua buah negara.
Hubungan akrab di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah lama terjalin sejak Januari 1984 di mana bidang-bidang kerjasama utama adalah dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan, kesalinghubungan dan kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]