Home > Bahasa Melayu
Pendaftaran Dialog Belia SDG Kini Dibukakan
May 12th, 2023 | 10:37 AM | 92 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (JKPK SDGs), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Bank Islam Brunei Darussalam; Majlis Belia Brunei; Green Brunei; My Action for SDGs; dan UN ESCAP akan menganjurkan Dialog Belia SDG (SDG Youth Dialogue) dengan tema 'Pemimpin Mampan Masa Depan' (Future Sustainability Leaders).
Dialog berkenaan akan diadakan selama tiga hari bermula Isnin, 15 Mei 2023 hingga Rabu, 17 Mei 2023 bertempat di Bangunan JPM.
Dialog Belia SDG dibukakan kepada peserta yang berumur 15 hingga 25 tahun, menetap di Negara Brunei Darussalam dan komited untuk menyokong pencapaian 17 SDGs.
Tarikh tutup penyertaan ialah Sabtu, 13 Mei 2023.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus melalui e-mel '[email protected]' atau pesanan terus (DM) melalui Instagram '@majlisbeliabn'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]