FacebookInstagramTwitterContact

 

UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bacaan Al-Quran 77 Kali Khatam Dilancarkan Di Daerah Tutong


 


 May 12th, 2023  |  10:49 AM  |   106 views

TUTONG

 

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-nstitusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 diadakan petang tadi bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

 

Bagi Daerah Tutong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam berkenaan diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai, di sini.

 

Hadir, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari juz pertama dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Para peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, para penuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk para penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah Arab, sekolah-sekolah ugama dan Skim Khatam Al- Quran di bawah umur 10 tahun serta para penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

 

Juga hadir, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong, para pegawai ugama, bilal-bilal, ahli- ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47