FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanai Amanah, Kekalkan Kedaulatan Negara


 


 May 12th, 2023  |  10:55 AM  |   166 views

JERUDONG

 

Sebagai rakyat yang bernaung di Bumi Darussalam ini, semangat bersatu padu dan patriotik demi bangsa, negara dan raja adalah sangat dituntut kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pembinaan bangsa, kemajuan negara dan keutuhan ummah.

 

Patriotisme yang diharapkan bukan sekadar luahan perasaan, tetapi menuntut kita untuk menghayati erti sebenar hidup sebagai rakyat yang menjadi penjulang kepada identiti negara.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-37 yang berlangsung di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong, hari ini.

 

Terdahulu, Yang Berhormat mengucapkan tahniah atas pengurniaan yang  tidak ternilai dan merafakkan sembah ucapan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia titah perkenan baginda mengurniakan semua untuk menjadi rakyat baginda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Taraf Kerakyatan Brunei Penggal 15.

 

“Kita sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam perlu menanai amanah yang diberikan dan ini termasuklah sama-sama memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 terlaksana," kata Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Oleh itu, tambah Yang Berhormat, kita sebagai rakyat perlu mempertahankan dan memelihara suasana yang kita nikmati selama ini iaitu dengan hormat menghormati semasa rakyat tidak kira bangsa dan agama hendaklah menyokong dan mendukung penuh usaha kerajaan baginda dalam memajukan dan mengekalkan kedaulatan negara termasuklah falsafah negara Melayu Islam Beraja.

 

Yang Berhormat juga menyeru orang ramai untuk  merenung kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah diadakan baru-baru ini yang antara lainnya baginda bertitah :

 

“Dalam kita sama-sama merealisasikan Wawasan Negara, semua pihak termasuk sektor kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan serta seluruh rakyat dan penduduk, perlulah serentak berusaha untuk menjayakan matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan semangat dan pendekatan senegara 'Whole of Nation Approach' yang mantap".

 

Menurut Yang Berhormat titah baginda ini jelas mencerminkan hasrat murni baginda yang mahu menyaksikan negara ini mencapai matlamat dan seterusnya untuk merealisasikan Wawasan Brunei untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju menjelang 2035 dengan rakyat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; rakyat mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.

 

“Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala jua kerana di bawah kepimpinan dan kebijaksanaan baginda, kita di negara ini dapat menikmati suasana aman, damai dan tenteram, di mana, ia adalah satu nikmat kurnia yang tidak ternilai harganya dari Allah Subahanahu Wata'ala," tambah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat dalam mengakhiri ucapan, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima Sijil Taraf Kerakyatan, hari ini dan penuh berharap semua akan dapat menghargai kurnia ini dan mengotakan ikrar taat setia ke hadapan majlis Kebawah DYMM bagi sama-sama membangun, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan serta keharmonian negara ini serta berkorban apa saja sama ada dalam bentuk material, spiritual, pemikiran, hatta jiwa raga kitani sendiri sekali pun demi negara yang kita cintai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10