FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam 77 Kali Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Bermula


 


 May 12th, 2023  |  10:56 AM  |   154 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 telah diadakan hari ini bermula selepas menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, penuntut-penuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan KHEDN, KHEU, Kementerian Pendidikan; Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10