FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sistem Kesihatan Diperkukuh, Siap Siaga Tangani Cabaran Kesihatan Global


 


 May 12th, 2023  |  11:02 AM  |   157 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiap tahun, Hari Jururawat Antarabangsa atau International Nurses Day (IND) disambut pada 12 Mei dan Hari Bidan Antarabangsa atau International Day of Midwife (IDM) disambut pada 5 Mei.

 

Di Negara Brunei Darussalam (NBD) pula, Hari Jururawat Antarabangsa dan Hari Bidan Antarabangsa ini digabungkan dan diraikan serentak pada setiap 12 Mei dan ia dinamakan sebagai Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa atau International Nursing and Midwifery Day (INMD).

 

Tema Sambutan INMD pada tahun ini ialah 'Our Nurses. Our Future.' di mana tema tersebut disediakan oleh International Council of Nurses (ICN) dan ia merupakan sebuah kempen yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi kesiapsiagaan jururawat pada masa hadapan dalam menangani pelbagai cabaran kesihatan global dan meningkatkan kesihatan global untuk semua.

 

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusannya sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 dengan tema 'Jururawat kita, Masa Depan Kita'.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, kempen berkenaan juga diharapkan untuk menggariskan kepentingan bagi sesebuah negara, penggubal dasar dan semua yang membuat keputusan dalam pembiayaan dan penjagaan kesihatan untuk melabur kepada bidang kejururawatan dan bidan ke arah masa depan yang lebih cerah.

 

Selain itu tambah Yang Berhormat, kempen berkenaan juga akan melihat bagaimana kita perlu mengukuhkan sistem kesihatan untuk menangani permintaan kesihatan global yang semakin meningkat.

 

''Jururawat dan Bidan adalah pendukung kepada sistem kesihatan di dalam sesebuah negara. Profesion ini bukan saja profesion yang sangat mulia, memerlukan kesabaran dan dedikasi yang tinggi, malahan adalah satu aset yang utama yang perlu dilindungi, dihormati dan dihargai.

 

''Profesion ini telah banyak berkembang, daripada memberi perkhidmatan 'bedside nursing care' kepada jenis tugas-tugas yang lebih kepada 'highly technical dan advanced'.

 

''Walaupun lebih ramai jururawat dan bidan mempunyai latar belakang pendidikan atau 'qualification' yang lebih tinggi dari sebelum ini seperti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana mahupun ke peringkat Doktor Falsafah, namun sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan juga kian pesat berkembang dan pastinya akan menempuh pelbagai cabaran,'' kata Yang Berhormat.

 

Dengan kecenderungan penggunaan teknologi maklumat (IT) dan internet di era global ini jelas Yang Berhormat, klien dan keluarga terdedah kepada pengetahuan berkaitan dengan kesihatan dan perubatan yang mana, ini akan membantu mereka di dalam membuat keputusan di dalam penjagaan kesihatan mereka.

 

Justeru itu terang Yang Berhormat, jururawat dan bidan perlu sentiasa 'up-to-date' mengikut trend teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin meningkat.

 

Jururawat dan bidan ujar Yang Berhormat bukan sahaja perlu fokus kepada penjagaan klien semata-mata tetapi juga kepada keluarga keseluruhannya.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, di samping kompeten dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan teknologi, jururawat dan bidan juga perlu prihatin kepada nilai-nilai sosial, naluri kemanusiaan dan etika kejururawatan perlulah dikekalkan pada setiap masa.

 

''Pihak Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan kejururawatan di negara ini.

 

''Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah meningkatkan pembangunan profesional kejururawatan dengan berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi menyediakan Jururawat yang berpengetahuan tinggi, kompeten dan sentiasa menekankan kepada kecemerlangan dan berkualiti.

 

''Melaksanakan Kursus Kepimpinan yang intensif bagi menyediakan jururawat dengan ilmu kepimpinan dalam usaha untuk memantapkan jururawat di negara untuk lebih dinamik dan inovatif yang bukan hanya sekadar responsif terhadap keperluan semasa malahan sentiasa siap siaga menangani cabaran mendatang dan berterusan peka serta mengambil kira akan sebarang perubahan paradigma dan epidemologi yang boleh mempengaruhi penjagaan kesihatan di peringkat setempat mahupun serantau dan sejagat," terang Yang Berhormat.

 

Dalam hal ini jelas Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan juga mempunyai perancangan ke arah penyediaan jururawat dan bidan pakar atau 'Advanced Practice Nurse' pada masa akan datang demi menangani cabaran kesihatan dan perawatan pada masa hadapan.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan dalam meningkatkan lagi pembangunan profesional kejururawatan dan bidan, Kementerian Kesihatan pada masa ini menyediakan satu sistem pemantauan klinikal jururawat yang lebih komprehensif dengan menekankan Patient Safety di setiap perlaksanaan penjagaan dan perawatan kepada pesakit selaras dengan dasar-dasar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

 

Selain melibatkan diri dalam 'patient safety' tambah Yang Berhormat, jururawat dan bidan juga disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan 'evidence-based practice', membuat inisiatif untuk menjalankan penyelidikan dan mempraktikkannya kepada penjagaan kesihatan yang inovatif dan selamat demi mencapai tahap penjagaan yang terbaik untuk pesakit.

 

''Untuk mengakhiri, Kementerian Kesihatan menyeru kepada jururawat dan bidan agar lebih aktif dalam penglibatan bagi meningkatkan kualiti perawatan dan keselamatan pesakit di negara ini.

 

''Selain itu ditekankan untuk mengambil perhatian yang serius akan kepentingan pembangunan kapasiti profesional kejururawatan yang merupakan tulang belakang dan nadi utama sistem kesihatan negara ini bagi menyahut cabaran dalam mempersiapkan diri bagi menangani kesihatan global yang sentiasa berubah bersesuaian dengan tema 'Our Nurses. Our Future', ujar Yang Berhormat mengakhiri perutusannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10