FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran Raikan 4 Kontinjen IDB VMAT 4/2022


 


 May 12th, 2023  |  11:04 AM  |   158 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan empat orang anggota kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menyertai penugasan sebagai ahli Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team 4/2022 (IDB VMAT 4/2022) di Mindanao, Republik Filipina diadakan di Surau Ad-Difa' Bolkiah Garison pada hari ini.

 

Kontinjen yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Hairin bin Japar kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 3 Mei 2023.

 

Hadir pada majlis berkenaan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada ahli- ahli kontinjen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Turut hadir, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, para pegawai dan staf Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

ABDB mengikuti IDB VMAT sejak tahun 2019 untuk mendukung proses damai di Mindanao, dan merupakan komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah keamanan dan kestabilan serantau dan antarabangsa, selaras dengan aspirasi negara seperti yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan.

 

Baru-baru ini, empat orang pegawai ABDB dihantar bertugas sebagai ahli IDB VMAT 5/2023 bagi meneruskan misi berkenaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Tadarus Al-Quran, Surah Yaa Siin dan Asmaul Husna yang diketuai oleh 1113 Pegawai dari Jabatanarah Agama ABDB, Kapten Md. Farid bin Md. Raffi.

 

Bagi menyerikan lagi acara pada petang berkenaan, tazkirah bertajuk 'Menzahirkan Rasa Syukur' disampaikan oleh Guru Ugama Jabatanarah Agama ABDB, Nur Amin bin Jali.

 

Isi tazkirah antara lainnya menyentuh mengenai bersyukur yang merupakan salah satu rasa yang wujud hasil daripada keimanan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Menurut Nur Amin, dengan bersyukur kita akan menjadi orang yang bertakwa.

 

Syukur katanya lagi adalah menikmati dan meyakini bahawa setiap hal yang kita miliki dan dapatkan merupakan kurnia dari Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Nur Amin seterusnya menjelaskan, setiap hal yang kita dapatkan bukan daripada apa yang kita kerjakan dan usahakan tapi, segala sesuatu adalah atas kurnia Allah Subhanahu Wata'ala sehingga kita dapat menikmati hasilnya.

 

“Dengan mensyukuri setiap halnya, Allah Subhanahu Wata'ala akan menambahkan nikmat dan anugerahnya," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10