Home > Bahasa Melayu
Terokai Peluang Kerjasama Dalam Bidang Tenaga, Pertanian
May 12th, 2023 | 11:07 AM | 158 views
LABUAN BAJO, REPUBLIK INDONESIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone di Meruorah Convention Centre.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Kedua-dua pemimpin menekankan perkembangan yang baik dalam kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Demokratik Rakyat Lao, termasuk dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara rakyat.
Kedua-dua pemimpin juga mengalu-alukan perkembangan kerjasama dalam bidang tenaga dan pertanian, khususnya pembekalan beras.
Menjelang Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik di antara kedua-dua buah negara pada tahun 2023, Tuan Yang Terutama menyampaikan undangan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengadakan Keberangkatan Negara ke Republik Demokratik Rakyat Lao bagi memperingati pencapaian ini.
Hubungan diplomatik di antara NBD dan Republik Demokratik Rakyat Lao mula terjalin pada 27 Julai 1993, dengan kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam bidang pendidikan dan bantuan teknikal, kebudayaan, belia dan sukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]