Home > Bahasa Melayu
NBD , Timor-Leste Tekankan Kepentingan Kerjasama Pendidikan
May 12th, 2023 | 11:10 AM | 154 views
LABUAN BAJO, REPUBLIK INDONESIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Taur Matan Ruak di Meruorah Convention Centre.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan kerjasama pendidikan di antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Demokratik Timor-Leste, termasuk program biasiswa.
Tuan Yang Terutama juga turut menzahirkan kegembiraan atas pemeteraian Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara kedua-dua buah negara, yang penting bagi meningkatkan pelancongan.
Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut menyampaikan undangan kepada TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste bagi mengadakan lawatan ke NBD.
Hubungan diplomatik di antara NBD dan Republik Demokratik Timor-Leste telah dijalinkan pada 20 Mei 2002, dengan kerjasama dua hala adalah tertumpu kepada bidang pendidikan dan latihan, serta perkhidmatan udara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]