Home > Sports
Emas Kedua Buat Negara
May 13th, 2023 | 08:02 AM | 309 views
CAMBODIA
Atlet Wushu negara, Hosea Wong Zheng Yu berjaya menyumbang pingat emas kedua bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) pada temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh, Kemboja.
Pingat emas yang diraih oleh Hosea Wong Zheng Yu diperolehi melalui acara Dua Kategori Gabungan Taijiquan dan Taijijian bagi Lelaki setelah berjaya mengutip mata tertinggi, iaitu 19.189 mata.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Honorary life President Southeast Asian Games Federation (SEAGF) berkenan bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kepada pemenang dalam acara Men's Taijijian.
Sementara itu, dalam acara Dua Kategori Gabungan Taijiquan dan Taijijian bagi Wanita pula, atlet negara, Basma Lackhar meraih pingat gangsa dengan 19.160 mata manakala seorang lagi atlet Wushu negara, Lim Yee Sean berada di tempat ke-6 dengan 18.599 mata.
Setakat hari ini, Negara Brunei Darussalam meraih dua pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-32.
Acara seterusnya yang akan berlangsung di Olympic Complex : Taekwondo Hall menyaksikan atlet negara, Liyana Safiah Sidek dalam acara Angkat Berat akan bersaing dengan atlet Viet Nam, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand dalam acara Women 49kg dan Mohammad Nashrul Haji Abu Bakar dalam acara Men 61Kg yang akan bersaing dengan atlet Indonesia, Filipina, Thailand dan Viet Nam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]