FacebookInstagramTwitterContact

 

Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Manfaatkan Fadilat Surah Al-Kahfi


 


 May 14th, 2023  |  07:51 AM  |   99 views

MUKIM KOTA BATU

 

Program membaca Surah Al-Kahfi beramai-ramai menjadi satu landasan positif untuk merebut fadilat yang besar, di samping platform bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan para jemaah yang membantu mengimarahkan masjid.

 

Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit berkata, program berkenaan adalah sebagai usaha bagi melazimkan para jemaah untuk membaca Surah Al-Kahfi bagi mengaut pahala dan mengambil pengajaran dalam kehidupan di dunia dan di akhirat nanti.

 

“Program ini merupakan anjuran ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar sebagai salah satu aktiviti keagamaan yang berterusan, di samping peluang para jemaah untuk memanfaatkan fadilat membaca Surah Al-Kahfi.

 

“Ia juga sebagai salah satu ibadah bagi mengisi waktu mereka beriktikaf di dalam masjid," jelasnya yang juga selaku Setiausaha Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Besar.

 

Surah Al-Kahfi antara lain memberi pengingatan dan pengajaran agar umat Islam perlu memanfaatkan segala yang dikurniakan oleh Allah Subhana Wata'ala dengan kebenaran dan mengelakkan dari berlakunya kekufuran, di samping memelihara diri dari bersikap sombong dan bangga diri yang mengakibatkan ibadah mereka menjadi sia-sia.

 

Bacaan Surah Al-Kahfi telah dipimpin oleh Awang Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin, dan Doa Surah Al-Kahfi serta Doa Selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Muhammad Hazman bin Haji Mohd. Hairol Azme.

 

Hadir pada program ini ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri; dan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pegawai Pemantau Zon 4, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

 

Juga hadir ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07