Home > Bahasa Melayu
Sambutan Aidilfitri Eratkan Hubungan Kekeluargaan Penduduk Kampung
May 14th, 2023 | 07:53 AM | 75 views
TUTONG
Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi diraikan oleh pelbagai pihak meskipun bulan Syawal akan melabuh tirainya tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya dan Lubok Pulau mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri, malam tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Suffian bin Haji Basri pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Tanjong Maya, Tutong, di sini.
Bagi memeriahkan majlis, beberapa persembahan turut diadakan seperti Tausyeh yang dipersembahkan oleh Belia Masjid Tanjong Maya, persembahan karaoke oleh penduduk kampung yang hadir dan cabutan bertuah serta menambat Sahal yang dikendalikan oleh ahli Takmir Masjid Kampung Tanjung Maya.
Majlis turut diselajurkan dengan penghargaan kepada mantan Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung Tanjong Maya dan Lubok Pulau serta kesyukuran bagi warga tertua Kampung Tanjong Maya.
Majlis berkenaan antara lain bertujuan bagi meningkatkan hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan akrab dalam kalangan penduduk kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]