FacebookInstagramTwitterContact

 

Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Pelajar Bersedia Hadapi Cabaran


 


 May 14th, 2023  |  07:55 AM  |   95 views

TEMBURONG

 

Institusi-institusi pendidikan merupakan tulang belakang dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

 

Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak pembangunan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Oleh itu, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) sangat mengalu-alukan usaha-usaha daripada pihak institusi pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan sama ada daripada sektor kerajaan mahupun swasta untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan ilmu kemahiran, pengukuhan akhlak, penghayatan falsafah Melayu Islam Beraja serta keyakinan diri pelajar yang salah satunya adalah melalui Program Jati Diri (PJD)

 

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Setiausaha Tetap (Wawasan) JPM, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembukaan Program Jati Diri Kohort Ke-3 Bagi Pelajar-pelajar iSkill dan ISQ Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bertempat di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, Temburong, di sini.

 

Menurut Pengiran Hajah Siti Nirmala, melalui program berkenaan juga ia akan dapat membantu para pelajar dalam mengharungi pelbagai cabaran masa depan terutamanya dalam mengatasi pelbagai pengaruh negatif yang dibawa oleh arus globalisasi.

 

Beliau dalam ucapannya juga turut menjelaskan, para pelajar khususnya dalam kalangan belia yang merupakan aset paling berharga di negara ini kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting sebagai generasi masa depan yang akan mendorong pembangunan negara dan mendukung aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Sebagai pemimpin masa depan terang beliau, para pelajar perlu diberikan pendidikan dan latihan yang berkualiti agar mereka dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan dalam pembangunan negara.

 

Oleh itu tambahnya lagi, pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan amatlah penting bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

“Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tahun 2023, baginda bertitah bahawa antara isu penting yang perlu diberikan perhatian ialah isu pengangguran yang mana baginda menekankan kepentingan ke atas adanya kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak yang berkepentingan untuk mengurangkan kadar pengangguran melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation supaya kebajikan dan kepentingan para pencari kerja tempatan diperkasa dengan latihan semula, dan peningkatan ilmu pengetahuan untuk memudahkan mendapat pekerjaan," terang beliau lagi.

 

Dalam pada itu ujarnya, PJD tersebut merupakan satu contoh inisiatif yang memperlihatkan kerjasama erat di antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan pihak industri di sektor swasta dalam sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035 ke arah menghasilkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Menurut beliau lagi, dalam menjalankan PJD berkenaan, satu lagi objektif yang penting ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang 'employable' dan 'market-ready'.

 

Dengan ini jelasnya, ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada individu tetapi juga kepada pembangunan ekonomi yang dinamik, berdaya tahan serta dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran.

 

Beliau turut menekankan bahawa PJD  merupakan satu contoh inisiatif yang memperlihatkan kerjasama erat antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan pihak industri dalam sektor swasta dalam sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035 ke arah menghasilkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Pengiran Hajah Siti Nirmala turut menyeru kepada para ibu bapa dan penjaga untuk memberi sokongan dan dorongan padu kerana ia berperanan sebagai sumber motivasi dan pembakar semangat bagi para pelatih untuk berjuang demi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

 

Terdahulu sebelum itu, Ketua Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Dr. Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Majlis dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa sejak program berkenaan diperkenalkan, seramai 344 orang pelatih dalam dua kohort sebelumnya berjaya menamatkan program.

 

Beliau menyatakan program berkenaan diharapkan akan mempersiapkan para pelatih untuk menangani pelbagai cabaran dan melatih mereka untuk menjadi lebih 'employable' dan 'industry-ready' dalam pasaran kerja.

 

Dr. Hajah Siti Haziah juga menggariskan salah satu aktiviti dalam program berkenaan, iaitu Hari Kerjaya dan para pelatih akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai agensi berkepentingan dan syarikat-syarikat daripada sektor tenaga sebagai satu platform untuk menerokai peluang pekerjaan di syarikat-syarikat berkenaan.

 

Majlis ini menandakan bermulanya PJD bagi 90 orang pelatih yang terdiri daripada pelajar iSkills kohort tiga di bawah IBTE.

 

Program selama 90 hari berkenaan adalah sebahagian daripada program iSkills dalam Marking and Fitting, iSkill dalam Rigging, iSkill dalam Scaffolding, dan iSkill bagi Industrial Skills Qualification (ISQ) dalam Welding di bawah IBTE.

 

PJD adalah usaha kolaborasi di antara Sekretariat Tetap MPEC, IBTE, dan Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN).

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan diikuti dengan bacaan Surah Al- Fatihah dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta tafsirnya, Surah Al-Kahfi ayat sembilan hingga 16 dibacakan oleh 1268 Muhammad Isyraf Dinie bin Mohammad Asni daripada Platun 4.

 

Pada majlis berkenaan, tayangan video yang memaparkan perjalanan pelatih kohort lalu yang tamat menjalani PJD turut ditayangkan diikuti dengan laungan ikrar oleh kesemua pelatih PJD kohort tiga.

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili; Pemangku Pengarah Khidmat Bakti Negara, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah dan MISC-WG Lead for Energy, Haji Mohammad Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07