Home > Bahasa Melayu
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan HKK 2023
May 14th, 2023 | 07:59 AM | 327 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan majlis kesyukuran sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) bagi Tahun 2023 di Masjid Ash-Shaliheen yang disertai lebih dari 100 orang.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.
Kemudian majlis diikuti dengan tazkirah bertajuk 'Nilai-Nilai Kekeluargaan Brunei : Pemedulian, Sayang-Menyayangi, Hormat-Menghormati dan Bertanggungjawab' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.
Antara inti pati tazkirah adalah menyentuh mengenai Islam telah pun merangkumi nilai-nilai kekeluargaan dengan bercontohkan cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hidup berkeluarga.
Turut ditekankan juga bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Acara diteruskan dengan Solat Fardu Asar Berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Hari Keluarga.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap, Pegawai Daerah, sektor swasta, Ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]