FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Membina Pendidikan Berdaya Tahan


 


 May 14th, 2023  |  08:02 AM  |   213 views

UNITED KINGDOM

 

Forum Pendidikan Sedunia (EWF) Kali Ke-19 berlangsung baru-baru ini di Queen Elizabeth II Centre, London, United Kingdom.

 

Hadir ke forum tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

EWF merupakan perhimpunan terbesar Menteri-Menteri Pendidikan dan Para Penggubal Dasar Pendidikan seluruh dunia yang bertujuan untuk membincangkan dasar pendidikan masa hadapan.

 

Forum tahun ini telah dihadiri oleh seramai 88 Menteri Pendidikan dari 116 negara yang disokong oleh Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO), Jabatan Pendidikan (DfE), Jabatan Perniagaan dan Perdagangan (DBT), British Council dan rakan kongsi industri EWF.

 

Selain itu, forum yang diadakan pada setiap tahun ini juga bertujuan untuk membina kepimpinan dan daya tahan terhadap pendidikan yang lebih kukuh bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga pengajian tinggi dan seterusnya pembelajaran sepanjang hayat

 

Tema EWF tahun ini ialah 'Permulaan Baharu: Memupuk Budaya Pembelajaran Membina Ketahanan, Menggalakkan Kelestarian. Lebih Kuat, Lebih Berani, Pendidikan yang Lebih Baik dengan Reka Bentuk' yang diisikan dengan beberapa Sesi Plenari dan Sesi Pertukaran Pandangan Bersama Menteri yang membincangkan pelbagai aspek termasuk isu dan cabaran yang berkaitan dengan pendidikan.

 

Selain itu, EWF juga diisikan dengan sesi lawatan ke sekolah-sekolah yang terpilih di London.

 

Semasa menghadiri forum tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan Minister of State (Minister of State for Schools), Jabatan Pendidikan, United Kingdom, The Rt. Hon Nicolas John Gibb bagi membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom khususnya dalam bidang Pendidikan.

 

Turut mengiringi Menteri Pendidikan semasa persidangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai kanan

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07