Home > Bahasa Melayu
Bersama-Sama Sertai Kempen Derma Darah
May 15th, 2023 | 07:11 AM | 110 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah pada Isnin, 15 Mei 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat The One, Function Room, Blok B, Tingkat 2 anjuran The One.
Manakala pada Selasa, 16 Mei 2023 bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Jalan Pasar Baharu, Gadong anjuran IBTE.
Sementara pada Khamis, 18 Mei 2023 bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen berkenaan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi 'BloodKad' bagi Kempen Derma Darah berkenaan adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]