FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Haji Syed Mohammad Yassin Calon Penghulu Mukim Berakas 'B'


 


 May 15th, 2023  |  07:23 AM  |   98 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para penduduk kampung di bawah tadahan Mukim Berakas 'B' keluar mengundi pada hari ini bagi memilih calon yang akan menanai tanggungjawab sebagai Penghulu Mukim Berakas 'B' yang baharu nanti.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Berakas 'B' berkenaan berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan, di sini.

 

Semasa Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Berakas 'B' dijalankan, seramai 420 orang penduduk kampung daripada seramai 704 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah hadir mengundi.

 

Calon tunggal bagi mengisi jawatan Penghulu Mukim Berakas 'B', iaitu Haji Syed Mohammad Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah memperolehi sebanyak 328 undi setuju manakala sebanyak 84 undi tidak setuju sementara lapan undi rosak.

 

Haji Syed Mohammad Yassin berumur 38 tahun pada tarikh pencalonan dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan (Kepujian Kelas III), Universiti Brunei Darussalam.

 

Beliau juga aktif sebagai Ahli Bendahari Perundingan Mukim Berakas B, Naib Yang Dipertua Persatuan Ushawan Muda Brunei (YEAB); Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga Ahli Persatuan TIBA.

 

Hadir di Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Berakas 'B' berkenaan, Pemangku Penolong Pegawai Daerah, Pengiran Kamal Ariffin bin Pengiran Haji Mohd Yassin.

 

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Daud bin Jihan selaku wakil Daerah Zon 2, Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung Zon 2.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Berakas 'B' berkenaan dilaksanakan mengguna pakai dua kaedah pengundian, iaitu kaedah secara dalam talian (online) menggunakan aplikasi e-Undi PMKK melalui peranti atau telefon pintar pengundi masing-masing, dan kaedah secara pembuangan undi melalui kertas undi rasmi (Ballot Papers) yang disediakan oleh Urus Setia Majlis Pengundian.

 

Sistem pengundian dalam talian ini atau lebih dikenali sebagai aplikasi e-Undi PMKK adalah sebagai pemudah cara bagi anak-anak buah kampung untuk mendaftar ke daftar undi sesebuah kampung, seterusnya melaksanakan tanggungjawab mengundi dan memilih calon yang bertanding bagi jawatan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung di mana sahaja tanpa menghadirkan diri mereka ke Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim berkenaan.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07