FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kelas Spinning, Zumba Bantu Kumpul Dana LLS


 


 May 15th, 2023  |  07:53 AM  |   124 views

JERUDONG

 

Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa diraikan pada setiap 12 Mei di seluruh dunia dengan membawakan tema,  'Our Nurses. Our Future'.

 

Ia adalah acara penting yang mengiktiraf sumbangan berharga jururawat dan bidan kepada sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

 

Sehubungan itu, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan pelbagai aktiviti penghargaan serta amal kebajikan di sepanjang bulan Mei ini.

 

JPMC, baru-baru ini, mengadakan acara sarapan pagi dan seterusnya memotong kek yang diadakan di JPMC yang dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang juga selaku Pengarah Eksekutif JPMC.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan melahirkan penghargaan kepada para jururawat dan bidan atas sumbangan mereka yang tidak ternilai ke arah mencapai matlamat penjagaan kesihatan.

 

Sebagai tambahan penghargaan kepada jururawat dan bidan, Nursing Department of JPMC telah menganjurkan beberapa Sesi Kelas Spinning dan Zumba dengan matlamat untuk mengumpul dana untuk Learning Ladders Society (LLS) melalui jualan Kit Spinning dan Zumba sebagaimana tema Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023.

 

Badan amal ini memberi tumpuan kepada menyokong kanak-kanak kurang upaya pembangunan saraf, menawarkan mereka sumber dan bantuan penting untuk berkembang maju dan mencapai potensi penuh mereka.

 

Sesi Kelas Spinning diadakan pada hari ini dengan sokongan daripada JHK Studio dan REVO Studio di mana kedua-dua studio menyediakan kemudahan serta pengajar bagi matlamat membantu JPMC mengumpul dana derma melalui penjualan kit tersebut.

 

Juga hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Yang Berhormat turut menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap peserta dan penaja dalam menjayakan acara dan sumbangan mereka kepada LLS dan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada LLS yang menonjolkan peranan penting mereka dalam masyarakat dan berharap dengan sumbangan yang terkumpul dapat meringankan lagi sokongan mereka kepada mereka yang memerlukan.

 

Terdahulu, Sesi Pertama Kelas Spinning telah diadakan pada Jumaat, 12 Mei 2023 di Dewan Aerobik JPMC, disokong oleh Pusat Kecergasan oleh fasiliti JPMC dan tenaga pengajar termasuk tenaga pengajar jemputan.

 

Sesi seterusnya akan diadakan pada Jumaat, 19 Mei 2023 di Dewan Aerobik JPMC bagi menambah dana yang dikumpul. JPMC berharap aktiviti ini dapat menggalakkan semua orang untuk meneruskan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07