FacebookInstagramTwitterContact

 

Guirassy, Boniface Dazzle Again; Kudus Signs Off In Style           >>           Al Hilal Hope Neymar Can Return From ACL Injury In September           >>           Human Rights Group Urges FIFA Probe Saudi Pre-World Cup Vote           >>           Ireland, Norway And Spain To Recognise Palestinian State           >>           Baltic Concerns Over Russian Plan To Move Sea Borders           >>           Several Dead In Iowa As Storms Batter Midwest           >>           Generator Fumes Choke Nigeria Students To Death – Reports           >>           Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use           >>           Taylor Swift And Olympics Scams Fuelling Fraud           >>           Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mahkamah Syariah, Delegasi BAGO Adakan Perbincangan Dua Hala


 


 May 17th, 2023  |  08:42 AM  |   211 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara (JKN), Jabatan Perdana Menteri menerima kunjungan lawatan kerja daripada delegasi Pejabat Peguam Negara Bangsamoro (BAGO).

 

Lawatan kerja berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Mahkamah Syariah, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan.

 

Delegasi berkenaan diketuai oleh Peguam Najirah P. Masacal – Moslem yang merupakan Ketua Bahagian di Bahagian Penyelidikan dan Pendapat Undang-undang, Pejabat BAGO.

 

Dalam lawatan berkenaan, Ketua Hakim Syar'ie, Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar menerima lawatan kerja daripada delegasi Pejabat BARO.

 

Turut serta mengalu-alukan lawatan berkenaan ialah Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali dan Yang Arif Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias; Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar; serta beberapa pegawai kanan dari Mahkamah Syariah dan JKN.

 

Dalam lawatan berkenaan, delegasi dibawa ke beberapa bahagian perkhidmatan di Mahkamah Syariah dan bilik perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah.

 

Delegasi juga berpeluang mendengar taklimat ringkas berhubung Mahkamah Syariah dan mengadakan perbincangan dua hala bersama Ketua Hakim Syar'ie, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan juga para pegawai kanan Mahkamah Syariah serta berpeluang bertukar-tukar pandangan dan berbincang berhubung perkara berkaitan yang mempunyai kepentingan bersama bagi kedua-dua buah negara yang diharapkan akan dapat membentuk pengalaman yang akan dapat mengeratkan hubungan di antara NBD dan Republik Filipina.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05