Home > Bahasa Melayu
Hayati, Fahami Isi Al-Quran
May 20th, 2023 | 07:27 AM | 110 views
TUNGKU LINK
Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD pagi tadi mengadakan Program Quranic Journey : Sesi Bacaan Yaasin dan Tazkirah mingguan serta Tadabbur Al-Quran Surah An-Nasr yang berlangsung di Masjid UBD, di sini.
Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Juz Amma beramai-ramai, diikuti dengan sesi tadabbur yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Kamarussalam bin Yusof.
Hadir ialah Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Kifle serta para pensyarah, kakitangan dan para mahasiswa-mahasiswi UBD, juga orang awam.
Sesi Tadabbur tersebut antara lain bertujuan sebagai wadah bagi para pelajar UBD khususnya dan orang awam amnya untuk menghayati isi Al-Quran. Al-Quran merupakan kalamullah yang sepatutnya difahami dan dihayati oleh semua Muslimin bagi mencapai dan mengetahui mesej yang disampaikan kepada hamba-Nya.
Pihak penganjur berharap agar program mingguan berkenaan akan berterusan dan akan mencapai objektifnya dan berharap agar ia akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat di Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]