FacebookInstagramTwitterContact

 

CSB and UNN Renew Collaboration on Cybersecurity Awareness           >>           Teaching Practice Placement Programme           >>           Redesigning Pedagogy International Conference           >>           Visit by Islamic Studies Faculty, UMS           >>           Japan Cultural Showcase           >>           Haj Pilgrims need to prepare physically for Hot Weather           >>           Discussion on Facilities at Arafah and Mina           >>           Intending Pilgrims' Health and Safety are cared for           >>           Luncheon           >>           Solidarity Jump           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BIBD Semarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri


 


 May 20th, 2023  |  07:30 AM  |   223 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kemeriahan Syawal masih dirasakan meskipun ia kini sampai ke penghujungnya namun majlis-majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diadakan oleh pelbagai pihak.

 

Dalam menyemarakkan lagi bulan Syawal ini, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) petang tadi menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri BIBD ALAF bagi meraikan para pelajar Program Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (ALAF) dan keluarga mereka termasuk pihak-pihak berkepentingan yang lainnya.

 

Sambutan ini juga dihasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan BIBD dengan para pelajar ALAF dan ahli keluarga mereka, meraikan semangat kekeluargaan dan kebersamaan termasuk berkongsi suasana Hari Raya.

 

Majlis yang diadakan di Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) di ibu negara itu dihadiri oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Kira-kira 276 pelajar ALAF dan keluarga masing-masing menghadiri majlis berkenaan termasuk para pegawai kanan kerajaan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan, para pegawai kanan BIBD, termasuk Jawatankuasa Pandu BIBD ALAF.

 

''Kami amat berbesar hati dapat menyokong acara tahunan ini, bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dan keharmonian Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar BIBD Alaf dan keluarga mereka,'' ujar Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

 

Sebagai rakan strategik utama kepada pihak-pihak berkepentingan BIBD ALAF tambahnya, BIBD terus mengutamakan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan dan pemerkasaan pendidikan, kesejahteraan masyarakat, dan memberi semula kepada masyarakat.

 

''Kami komited dalam usaha meningkatkan pendidikan dan pembangunan masyarakat, dan kami percaya sambutan ini adalah peluang yang paling bermakna untuk melaksanakan nilai-nilai ini,'' terang beliau.

 

Pada majlis tersebut, para pelajar BIBD ALAF dan keluarga masing-masing juga menerima 'goodie bags' yang ditaja oleh McDonald's Brunei.

 

BIBD ALAF merupakan bukti usaha berterusan BIBD untuk menyokong pembangunan pendidikan dan pemerkasaan generasi muda Brunei melalui program tersebut. BIBD ALAF menyediakan bantuan kewangan, bimbingan, dan latihan kepada pelajar kurang berkemampuan di negara ini, membantu mereka mengejar impian dan membina masa depan yang lebih cerah.

 

Program ini merupakan salah satu daripada pelbagai usaha pembinaan komuniti BIBD dan merupakan sebahagian daripada komitmen BIBD untuk menegakkan Maqasid Syariah dan sokongan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

BIBD ALAF ialah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perdana BIBD yang menyediakan bantuan kewangan, sokongan pendidikan dan bimbingan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membantu mereka mencapai matlamat akademik mereka.

 

Program ini telah membantu lebih 300 pelajar sejak penubuhannya pada 2013 dan telah menjadi mercu tanda harapan bagi banyak keluarga di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47