Home > Bahasa Melayu
BSM Rai Aidilfitri Bersama Rakan Korporat, Pelanggan
May 21st, 2023 | 13:31 PM | 203 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena bulan Syawal ini, Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad (BSM) tidak ketinggalan untuk menjemput ahli-ahli korporat dan pelanggannya untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri pada majlis Ceria Raya, baru-baru ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.
Hadir mengalu-alukan kedatangan para jemputan ialah Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pengurusan serta kakitangan BSM.
Adapun acara ini diadakan adalah mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan penting untuk memastikan mobiliti negara dalam bergerak ke hadapan dalam perjalanan seharian mereka.
Turut hadir, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli diplomatik luar Negara, wakil-wakil dari stesen minyak seluruh negara, wakil perbankan dan juga para jemputan termasuk pelanggan BSM.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]